followers

Wednesday 19 December 2012

Saifullah Al Maslul (ciri2 kepimpinan)

LATAR BELAKANG
 Nama penuh beliau ialah Khalid bin Al Walid bin Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum bin Yaqzah bin Marrah al Mahzumi. Beliau dilahirkan pada tahun 592 iaitu 17tahun sebelum pembangunan Islam di Mekah. Beliau merupakan keturunan bani Makhzum. Nabi Muhammad saw, Abu Bakar dan Khalid al Walid merupakan asal keluarga yang sama. Beliau mendapat gelaran Saifullah al Maslul iaitu pedang Allah swt yang terhunus. Beliau mendapat gelaran tersebut ketika berlakunya perang Muktah pada tahun 8 hijrah.

Bapanya Walid bin Mughirah merupakan pemimpin Quraisy yang disegani ramai. Bapanya seorang yang sangat pemurah dan mendapat gelaran Adil Wahid atau orang pemurah nombor satu. Bapanya juga telah memeluk Islam. Ibunya pula bernama Lubabah as-Saghirah. Anak kepada Haris yang merupakan pemimpin Quraisy yang dihormati. Lubabah juga merupakan anak kepada Maimunah iaitu isteri nabi Muhammad saw.

Semenjak kecil, Khalid sememangnya meminati kuda dan seni pertarungan pedang. Beliau juga dikatakan belajar ilmu strategi perang. Ini telah memberi manfaat kepadanya kerana ia menjadi tunjang kepada setiap kemenangan beliau dalam setiap peperangan yang dipimpinnya. Beliau dilatih untuk menjadi pahlawan. Beliau dilatih menunggang kuda dan mahir menggunakan senjata. beliau dihormati dan disegani disebabkan kemahiran beliau itu. Beliau diberi tanggungjawab untuk memimpin pasukan Quraisy dalam usia yang begitu muda.

Contohnya pada peperangan Uhud pada hari sabtu bersamaan 3 Hijrah dimana beliau mempraktikkan kemahiran beliau dalam menunggang kuda dan kepintaran beliau dalam menyusun strategi membuatkan tentera Quraisy pada ketika itu mendapat kemenanagan. Ketika ini beliau belum lagi memeluk Islam, dimana beliau merupakan musuh Islam yang paling digeruni.

Beliau telah memeluk Islam pada bulan Safar tahun 8H bersama-sama Uthman b Talhah dan Amru b Al-As. Setelah itu, beliau adalah pahlawan yang berjuang menentang orang-orang yang menentang Rasulullah SAW. Beliau telah menyertai 50 peperangan dan mendapat kemenangan.

Sebelum beliau memeluk Islam, beliau telah menyertai dua peperangan menentang Islam iaitu peperangan Badar dan Uhud. Pada peperangan Uhud, pasukan beliau memperoleh kemenangan dimana peperangan itu berlaku bagi membalas dendam atas kekalahan peperangan Badar. Antara peperangan selepas beliau memeluk Islam ialah Muktah, Yamamah, perang Sungai, peperangan Berantai dan Yamourk. 

>> Sambungan perang Uhud

No comments:

Post a Comment

oppss!!! jgn lupa komen kat bawa nih taw :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Old Pink Turtle