PERANG MU’TAH
PERISTIWA
Perang
Mu'tah berlaku pada sekitar tahun 629M. Mu'tah ialah sebuah perkampungan yang
terletak di daerah syam. Baginda menghantar tentera seramai 3,000 orang untuk
menghadapi tentera Rom seramai 200,000 orang tentera. Pada mulanya tentera Rom
seramai 100,000, namun Maharaja Rom memerintah semua suku Arab di bawah tanah
jajahannya untuk menghantar tentera sehingga mencapai 200,000 orang tentera.
Perang
ini berlaku untuk menuntut bela diatas kematian seorang utusan yang bernama
Harith bin Umair Al-Azdi. Harith diarahkan untuk menghantar utusan kepada
maharaja Rom yang diutuskan oleh Nabi Muhammad saw sebagai tanda persahabatan
antara baginda dengan maharaja Rom di samping untuk menyebarkan agama Islam.
Namun, sampai di pertengahan jalan , iaitu sempadan Basrah Harith ditahan oleh
Syurahbil bin Amru iaitu penguasa Basrah. Syurahbil mempertikaikan utusan yang
dihantar dan siapa itu Nabi Muhammad saw. Syurahbil enggan membenarkan Harith
untuk bertemu maharaja Rom dan menghantar utusan tersebut. Namun, Harith tetap
memegang amanah Nabi Muhammad saw, umtuk menghantar utusan itu kepada maharaja
Rom. Sampai satu tahap Syurahbil bertindak kasar dengan mengikat kaki dan
tangan harith lalu memenggal kepala Harith dan surat tersebut dibakar. Mengikut
undang-undang, utusan tidak boleh diganggu dan disakiti. Keadaan ini
mencetuskan kemarahan kaum Islam. Maka, berlakulah perang Mu’tah ini.
Amru
ditugaskan untuk membuat risikan telah menyampaikan kepada Zaid bin Harithah
tentang kekuatan tentera pihak musuh. Baginda telah mewasiatkan dan melantik
tiga orang panglima Islam iaitu Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abi Talib dan
Abdullah bin Rawahah, manakala Zaid ibn Harithah dilantik sebagai ketua
panglima. Apabila Zaid gugur maka akan diganti dengan Jaafar dan apabila Jaafar
gugur akan digantikan dengan Abdullah.
Strategi
yang digunakan iaitu dengan mengambil contoh dari perang Uhud, dengan meletakkan
300 pasukan pemanah di kaki bukit. Perangkap pula si letakkan di sepanjang
jalan. Ketika ini pihak musuh berada di kawasan tanah pamah. Apabila berlakunya
banjir, ramai tentera Rom yang terbunuh dan ini tidak menjejaskan bilangan
tenteranya kerana tentera yang dihantar seramai 200000.
Semasa
pertempuran berlaku, Zaid telah diserang oleh seorang tentera Rom dimana
tentera Rom tersebut telah membenamkan tombaknya ke perut Zaid sehingga
menembusi belakang. Setelah itu panji Nabi Muhammad tersebut telah disambar
oleh Jaafar. Tentera Rom tertumpu kearah Jaafar pula. Namun, beliau sedikitpun
tidak gentar. Jaafar terpaksa membunuh kudanya khuatir jatuh ketangan musuh di
samping sukar baginya untuk melawan tentera Rom yang mengepungnya. Namun,
tangan kanan Jaafar yang memegang panji tersebut telah ditetak oleh seorang
tentera Rom. Menyedari tangan kanannya sudah dipotong, Jaafar melepaskan
senjata yang berada di tangan kirinya dan memegang panji di tangan kirinya.
Jaafar tidak gentar apabila tidak memegang senjata, malah Jaafar mnyeru
tenteranya untuk terus berjuang demi agama Islam. Kemudian datang seorang
tentera Rom menetak tangan kirinya dan Jaafar mngepit panji tersebut dengan
menggunakan lengannya yang kudung. Namun, datang lagi tentera Rom dari arah belakang
dan menetak Jaafar sehingga terbelah dua. Kemudian panji tersebut diselamatkan
oleh Abdullah bin Rawahah.
Thabit
bin Arqam menyambut panji-panji tersebut. Thabit menolak untuk menjadi ketua
perang dan meminta pendapat tenteranya
siapakan layak untuk memegang panji tersebut. Dan Khalid al Walid
dipilih untuk memegang panji tersebut. Berita tentang kematian ketiga-tiga
panglima yang diwasiatkan oleh baginda telah syahid tersebut sampai kepada Nabi
Muhammad SAW lalu baginda bersabda yang maksudnya:
“Zaid memegang panji-panji kemudian
gugur. Panji-panji diambil oleh Jakfar dan dia pun gugur juga. Panji itu
dipegang oleh Ibnu Rawwahah dia pun gugur juga,”
Rasulullah
SAW diam sebentar dan kelihatan baginda menitiskan air mata. Kemudian baginda
bersabda lagi
“Akhirnya panji-panji itu dicapai
oleh Si Pedang Allah dan Allah mengurniakan kemenangan kepada mereka (kaum
muslimin)”
Segala
strategi Khalid hanya satu sahaja iaitu mengelirukan musuh. Khalid menyusun
kembali formasi tentera dari sisi kiri(left flank) diganti ke sisi kanan(right
flank) bagi membolehkan tentera Romawi
tidak mengecam wajah mereka dan beranggapan tentera yang mereka hadapi adalah
tentera bantuan dari Madinah. Bergitu juga arahan Khalid untuk berbaris memanjang
dan membuat bising, ia untuk mengelirukan musuh bahawa jumlah mereka adalah
ramai. Selain itu, tentera berkuda pimpinan Khalid yang bersembunyi di belakang
bukit dan keluar apabila matahari naik adalah bertujuan untuk menimbulkan
suasana huru-hara disebabkan debu-debu yang bertembangan. Tentera infantry juga
disaran oleh Khalid untuk turut membuat debu bagi menambahkan kesan ‘penipuan’.
Strategi
Khalid berjaya meruntuhkan moral musuh dan akhirnya kedua-dua pasukan berundur
dari medan perang. Selepas Perang Mu’tah, Khalid digelar Rasullulah saw sebagai
pedang Allah ataupun Saifullah kerana keberanian dan kebijaksanaannya di medan
pertempuran.
CIRI KEPIMPINAN
1)
BIJAK MEGATUR STRATEGI
Bermaksud,
dimana kepintaran seseorang itu dalam menguruskan strategi peperangan yang
mantap. Strategi yang digunakan mempunyai faedah-faedah tertentu untuk psukan
ketenteraan , juga dalam organisasi. Khalid Al Walid menggunakan pelbagai
strategi yang menraik bagi melawan pihak musuh. Beliau menerapkan strategi
perang para pemimpin perang terdahulu. Malah, beliau mengadaptasinya menjadi
lebih efektif dan inovatif. Sememangnya beliau seorang genius perang yang patut
dikagumi oleh umat Islam.
Banyak
strategi yang telah dijanakan oleh beliau. Contohnya dalam peperangan Muktah
dimana beliau mengmbil contoh peperangan Uhud dimana meletakkan 300 pemanah di
kaki bukit. Dan perangkap pula dipasang di sepanjang jalan. Ketika ini pihak
musuh berada di kawasan tanah pamah. Apabila berlakunya banjir, ramai tentera
Rom yang terbunuh dan ini tidak menjejaskan bilangan tenteranya kerana tentera
yang dihantar seramai 200000.
Segala
strategi Khalid hanya satu sahaja iaitu mengelirukan musuh. Khalid menyusun
kembali formasi tentera dari sisi kiri(left flank) diganti ke sisi kanan(right
flank) bagi membolehkan tentera Romawi
tidak mengecam wajah mereka dan beranggapan tentera yang mereka hadapi adalah
tentera bantuan dari Madinah. Bergitu juga arahan Khalid untuk berbaris
memanjang dan membuat bising, ia untuk mengelirukan musuh bahawa jumlah mereka
adalah ramai. Selain itu, tentera berkuda pimpinan Khalid yang bersembunyi di
belakang bukit dan keluar apabila matahari naik adalah bertujuan untuk
menimbulkan suasana huru-hara disebabkan debu-debu yang bertembangan. Tentera
infantry juga disaran oleh Khalid untuk turut membuat debu bagi menambahkan
kesan ‘penipuan’. Keadaan ini menyebabkan pihak musuh undur dari medan perang.
Dan mengistiharkan Islam menang.
2)
BERANI
Berani
merupakan satu sifat kepimpinan yang harus ada pada setiap pemimpin. Dengan
adanya sifat ini dalam setiap pemimpin, ia akan meggalakkan kita terus Berjaya
mengharungi apa jua rintangan. Keberanian juga kunci kepada kejayaan seseorang
pemimpin. Ianya dapat dilihat dalam diri Khalid. Dimana beliau seorang yang
berani, gagah perkasa.
Khalid
Al Walid amat dikenali sebagai seorang yang gagah berani. Beliau sanggup
melakukan apa saja untuk memperjuangkan Islam. Di samping keinginan beliau
untuk mati syahid dalam memperjuangkan Islam. Dari kecil lagi beliau dididik
untuk menjadi seorang yang berani. Disebabkan keberaniannya beliau mendapat
gelaran Saifullah al-Maslul (bermaksud Pedang Allah SWT yang terhunus atau
Pedang Allah). Beliau mendapat gelaran tersebut ketika berlakunya perang Muktah
pada tahun 8 hijrah.
Dalam
perang ini tentera Islam seramai 3,000 orang berperang melawan tentera Rom yang
berjumlah 200,000 orang. Sepuluh kali ganda tentera Islam. Namun, ini tidak
mematahkan semangat beliau dan pasukannya. Beliau menganggap itu sebagai satu
cabaran baginya dan pasukannya. Beliau tidak gentar, malah semangat itu
berkobar-kobar untuk meraih kemengan disamping mati syahid.
3)
AMANAH
Amanah
ertinya benar-benar boleh dipercayai. Jika satu urusan diserahkan kepadanya,
nescaya orang percaya bahawa urusan itu akan dilaksanakan dengan
sebaik-baiknya. Amanah merupakan salah satu sifat terpuji baginda. Baginda
seorang yang sangat amanah. Baginda tidak penah ingkar akan arahan dan tunaikan
setiap apa yang tekah diamanahkan. Khalid sebagai umat Nabi Muhammad saw yang
diberi amanah tanggungjawab oleh Allah sebagai khalifah untuk memakmurkan alam
ini daripada segala kemungkaran dan kefasiqkan.
Dalam
peperangan ini, beliau menunjukkan sifat amanah ini apabila beliau memikul
jawatan sebagai ketua selepas kematian ketiga-tiga panglima perang yang telah
diwasitkan oleh baginda. Selepas kematian panglima tersebut iaitu Zaid bin
Harithah, Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah panji tersebut disambut
oleh Thabit bin Arqam. Namun Thabit bermesyuwarah untuk melantik Khalid sebagai
ketua.
Beliau
menerima amanah tersebut dengan rela hati. Beliau bagaikan singa kelaparan
menentang musuh sambil menjulang panji baginda. Beliau memikul amanah tersebut
dan bersedia untuk mati syahid demi agama Islam. Setelah bertarung habis
habisan, pihak musuh menghadapi kekalahan. Kemenangan beliau ini menyumbang
kepada gelaran beliau iaitu pedang Allah swt.
>> sambungan ke perang Yamamah ..
No comments:
Post a Comment
oppss!!! jgn lupa komen kat bawa nih taw :)