followers

Wednesday 19 December 2012

Khalid Al Walid dalam Perang Yamamah

PERANG YAMAMAH
PERISTIWA

Perang Yamamah berlaku pada bulan Disember 632 M. Perang ini berlaku akibat penentangan yang dilancarkan oleh Musailamah al-Kazzab yang berpusat di Yamamah terhadap kerajaan Khulafa al-Rasyidin pimpinan Saidina Abu Bakar.  Perang ini melibatkan pasukan kelolaan Khalid bin al-Walid di bawah arahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dengan pasukan Musailmah al-Khazzab. Maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golongan Riddah. Hal ini merupakan permulaan siri Peperangan Islam-Riddah. Musailamah mendakwa bahawa beliau adalah nabi yang diutuskan Allah  bersama-sama Rasullulah saw. Beliau yang mempunyai kehebatan sihir telah berjaya memikat kabilah bani Hunaifah dan digelar "Al-Kadzdzab" artinya pembohong besar kerana mengakui dirinya Nabi setelah baginda wafat.

Saidina Abu Bakar telah memberi pidato semangat kepada tentera Islam yang antara lainnya berbunyi :"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda :

"Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid b Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik"

Pertempuran ini berlaku pada awal pagi. Musailamah menyusun pasukannya menjadi tiga bahagian iaitu bahagian tengah, sayap kanan dan sayap kiri. Sayap kanan diketuai oleh Muhakim ibn Tufail, sayap kiri dipimpin oleh Rajjal dan bahagian tengah dipimpin oleh Musailamah sendiri.

Bagi tentera Islam, Khalid mengatur strategi yang sama seperti tentera Musailamah. Sayap kanan dipimpin oleh Zaid ibn Khattab, sayap kiri dipimpin oleh Abu Huzaifah dan bahagian tengah oleh Khalid sendiri.

Khalid bin Walid mengajukan tawaran kepada Musailamah agar mereka kembali memeluk Islam dan bertaubat sehingga tidak terjadi peperangan. Namun Musailamah tidak mengendahkan tawaran tersebut, tapi malah menyuruh pasukannya untuk berperang. Akhirnya peperangan terjadi. Walaupun Pasukan Muslim berhasil memukul mundur Pasukan Musyrikin Musailamah ke benteng mereka, banyak pasukan Islam yang Syahid.Pada mula, tentera Muslim pimpinan Khalid al-Walid berjaya mengasak tentera Musailamah sehingga memaksa Musailamah berundur dan bertahan. Bani Hunaifah yang dipimpin Musailamah terkenal dengan semangat juang dan kepahlawanannya telah mengasak kembali tentera Muslim dengan tentera Musailamah daripada sisi menyerang jantung pasukan Muslim. Akibatnya, ramai tentera muslim syahid dan ramai di antara mereka adalah hafiz (penghafal al-Quran).

Khalid All-Walid sebagai pahlawan sejati yang pakar dalam strategi peperangan telah berjaya memberi semangat baru kepada tenteranya dengan ucapannya yang penuh karisma. Beliau berteriak kepada tenteranya :

"Bergembiralah kerana kami akan melihat setiap orang akan mengalami bencana masing-masing".

Khalid segera mengarahkan mereka berundur dan beliau mula menyusun kembali formasi. Beliau merasakan beliau membuat kesalahan formasi dengan mencampur-adukkan pelbagai suku kaum dalam satu pasukan. Dengan itu, beliau terus menyusun kembali formasi dengan mengasingkan pasukan mengikut suku kaum. Seorang ketua dilantik menjadi ketua unit.

Strategi Khalid ternyata berhasil apabila moral pasukan terus naik mendadak. Tentera Muslim menyerang kembali tentera murtad Musailamah sehingga mengasak mereka ke sebuah kubu yang dinamakan Taman Maut kerana ramainya tentera di kedua belah pihak meninggal di sini termasuklah Musailamah

CIRI KEPIMPINAN

1) BERSEMANGAT
Semangat merupakan salah satu sifat kepimpinan yang patut ditonjolkan oleh setiap pemimpin. contohnya semangat pasukan itu penting apabila berperang. Tanpa semangat itu, pasukan kita akan mudah dan cepat mengalah. Oleh itu pemimpin harus juga bersemngat dan memberi semngat itu kepada pasukannya.
Khalid al Walid banyak menonjolkan sifat kepimpinan ini dalam peperangan ini. Beliau bijak memberikan semangat kepada pasukan supaya tidak cepat berputus asa. Ada antara ayatnya yang membuatkan moral pasukan nya naik mendadak. Ketika itu ramai ahli pasukannya yang syahid. Maka beliau berteriak kepada tenteranya :

"Bergembiralah kerana kami akan melihat setiap orang akan mengalami bencana masing-masing".

Di samping itu, beliau juga telah menyedari bahawa beliau tersalah mnyusun tranformasi tenteranya, iaitu membahagikan kumpulan tenteranya dengan mencampur adukkan suku kaum. Oleh itu, beliau mengubah taktik itu dengan menyusun semula mengikut kaum. Sekaligus menaikkan semangat tenteranya.

2) SIDDIQ
Siddiq ertinya benar. Benar adalah suatu sifat yang mulia yang menghiasi akhlak seseorang yang beriman kepada Allah dan kepada perkara-perkara yang ghaib. Ia merupakan sifat pertama yang wajib dimiliki para Nabi dan Rasul yang dikirim Tuhan ke alam dunia ini bagi membawa wahyu dan agamanya.
Namun sifat ini juga ada pada Khalid al Walid walaupun walaupun beliau hanya pemimpin biasa. Nabi dan Rasul telah membawa wahyu dan agamanya iaitu agama Islam dengan benar, Khalid al Walid pula memperjuangkan agama Islam ini. Pelbagai cara digunakan untuk berdakwah bagi menyebarkan agama Islam yang benar, sebagaimana telah diwahyukan kepada Nabi dan Rasul.

Dalam siri peperangan ini, melibatkan pasukan kelolaan Khalid bin al-Walid di bawah arahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dengan pasukan Musailmah al-Khazzab. Musailamah yang mengaku dirinya Nabi selepas kewafatan baginda. Khalid al walid menentang habis-habisan kaum yang riddah, dan mengatakan yang Musailamah adalah nabi palsu dan menafikan ajaran sesatnya. Peperangan ini berlaku bagi mengelakkan orang ramai terpesong dengan ajaran yang tidak benar, dan mengajarkan ajaran yang sebenarnya yang diwahyukan Allah swt kepada nabi Muhammad saw.

>> sambungan perang Yarmouk..

No comments:

Post a Comment

oppss!!! jgn lupa komen kat bawa nih taw :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Old Pink Turtle