followers

Saturday 29 December 2012

Bahaya Tidur Dalam Keadaan Lampu Menyala


hai.. alang2 ta tdo ag .. rehat kejap dpd mngadap tulisan2 kat buku neh , beter aku updates entri baru.. memandang kan aku ade terbace satu post neh kat fb ,, dimana ' Bahaya Tidur Dalam Keadaan Lampu Menyala' .. pas share kat wall aku, then share kat blog lak.. bagi aku, tajuk neh agak menarik ler .. huhuhu... sbb, tabiat aku, kalo tdo sorg2 , mmg bukak lmpu .. sbb aku neh jenis penakot sikit.. ta paham jugak,, tkotkan ape kan... 


Baru2 neh rumate akuh sume balik ke kg halaman masing2.. and aku jep ta balek, so, kat bilik mmg sorg2 ler .. and jenis aku,, malas na tdo bilik org , ntah ler knpe.. ade ler sbb2 nyer kan.. selama rumate aku ta balek, mmg lmpu tuh sampai ke pagi terbukak.. tape , bil bukan aku yg baya .. tiap2 sem baya duit hostel kan.. oke la tuu .. 

so kat sni na share ler ,, yg bahayanya tido dlm keadaan lampu menyala ...
so, bace la ape yg dituliskan kat pic bawa tuu ...


Photo: Dari Abu Salim ra, Nabi SAW bersabda;

"KALAU KAMU TIDUR, JANGAN DIBIARKAN LAMPU MENYALA DALAM RUMAHMU"...

Peringatan Untuk Kita Semua... "BAHAYA TIDUR DALAM KEADAAN LAMPU MENYALA"... Sharing Is Caring!!!
 
Sharing is Caring ...
kalo maklumat neh ta clear ,, ce la search ,, :)
time tgh updates blog neh sambil gayut dgn si dia ... :)
lebiuuuu ...
sampai sini jep .. assalamualaikum..

Thursday 27 December 2012

Bonne Chance


hai .. lama dah ta mngadap blog neh , mm, memandangkan skrang neh mggu stdy ,, so na updates psal final la.. final tahun depan.. dengar perkataan 'tahundepan' tuh cam lama jep .. padahal da dekat pun.. rini pun dah 27/12 .. huhuhu .. da ta lama sbnarnye na final .. amat menakutkan sebenarnya.. tp, satu habuk pun ta stdy, buku jep bukak ,, stdy ta pun .. on9 jep lebey, hehehe :)
jap3 .. nak senaraikan jadual tuk final :

Defence Technology - o2/o1/13
Supply Chain - o3/o1/13
Negotiation - o4/o1/13
Organizational Leadership - o6/o1/13
Leadership in War - o8/o1/13
Defence Logistics 1o/o1/13
Cross Culture Management 11/o1/13

Tiga yg 1st tuh mmg padat .. tade selang hari pun.. huhuuuu.. mmg kene struggle betol2 la,, carry mark pun bnyak yg ke laut merah .. so, kena buat elok2 ar .. especially markah Palapes .. mmg ar , teruk.. naseb baek ler satu jam kredit jep.. walopun org2 ckap ta jejas tuk subjek lain,, tp bg aku,, kalo markah palapes sikit ,, gred dye teruk jejas gak pointer akuh nnt,, setiap point tuh amat penting bg aku.. huuu.. :)
so, kesimpulannya kat sini, kene stdy .. yups !!! kene study. bukan memaen ag daa.. membe2 akuh sume pandai2,,, 
kata2 semangat neh .. salu kene igt .. thnk for _ _ _ _

'' Kepedihan dan kesakitan y kita rasa sewaktu menuntut ilmu adalah kunci y akan kita gunakan utk mendapatkan kejayaan.... '

so lepas ni xboleh nk malas2 lagi..
kena rajin dan paksa diri utk study..
igtt..
apa tujuan kita masuk universiti..
utk apa dan utk siapa...
Tetapkan hatimu.. tetapkan matlamatmu dan teruskan usahamu dgn smgat y kuat...
dan y paling penting sentiasa BERDOA pada ALLAH swt... ''

always in my mind ... :) untuk kawan2 ,, tuk final neh,. buat yg terbaek !!!! BONNE CHANCE * gud luck sekian, :)

Friday 21 December 2012

'The Great Holiday Giveaway by Izyan Nazirah and Scha Feqah'


Assalamualaikum...

Act aku boring sgt neh ,, tatau na buat ape ... adoiiii, tba2 terbukak satu blog neh ,,, and dy punya giveaway cam best,, termasuk hadiah2 nyer ,, mm
tajuknya 'The Great Holiday Giveaway by Izyan Nazirah and Scha Feqah'



jum lah join reramai ... untuk tau syarat2 dye boley la klik sini  " izyan "
mmm ... ag satu ,, tarikh mula 14/12 > 31/12
sama2 meriahkan lg giveaway neh tuk dapatkan hadiah2 yang menarik ...

jum!!! kat sini sy nak tag Aalia Shahira , dan pika



Wednesday 19 December 2012

Khalid Al Walid dalam Perang Yarmouk



PERANG YAMOURK


PERISTIWA

Perang Yarmouk juga dikenali dengan Perang Hieromyax atau Battle of Hieromyax oleh cendiakiawan barat. Perang Yarmouk dikenang sebagai antara perang bersejarah di dunia kerana perang ini bukan sahaja menandakan kemerosotan empayar Byzantine di tanah Arab tetapi menunjukkan angkatan tentera yang besar tidak sepertinya akan memenangi peperangan. Ini sememangnya terbukti dalam Perang Yarmouk di mana tentera Islam pimpinan Khalid al-Walid hanya mempunyai kekuatan sekitar 30,000-40,000 manakala tentera Rom Byzantine pimpinan Theodore Trithyrius dan Vahan dengan kekuatan sehingga 240,000. Peperangan ini berlangsung sehingga 6 hari. Dalam peperangan ini, keperwiraan dan kegeniusan Khalid bin al-Walid tersebar ke seluruh tanah Arab. Beliau menggunakan strategi perang 6 hari dengan pelbagai corak taktik.

Beliau telah berjumpa dengan panglima musuh yang bernama Mahan yang dengan angkuhnya merendah-rendahkan moral tentera Islam. Mahan telah berkata :

"Aku tahu kamu semua meninggalkan tanah air kerana terpaksa dan kelaparan. Jika kamu semua setuju, aku akan berikan setiap seorang tentera 10 dinar beserta dengan pakaian dan makanan dengan syarat mereka berangkat pulang dan tahun depan jumlah yang serupa akan dihantar ke Madinah".

Khalid b Al-Walid dengan tegasnya menjawab:

"Kami tidak akan keluar dari negeri kami kerana kelaparan seperti yang engkau sangkakan. Tetapi kami ialah satu kaum yang suka minum darah dan kami tahu tidak ada darah yang lebih lazat dan nikmat seperti darah orang Romawi, sebab itulah kami ke mari"

Setelah itu, Khalid Al-Walid selaku komandan perang beerteriak dengan kuatnya sambil bertakbir "Allahu Akbar" "Marilah kita berebut-rebut mencium bau Syurga". Maka terjadilah peperangan yang amat dahsyat. Anak panah bersimpang siur dan mayat bergelimpangan.

Selaku komander pasukan, Khalid sedar bahawa pasukannya tidak akan mudah memenangi peperangan dalam masa sehari atau dua hari memandangkan pasukan musuh mempunyai kekuatan melebihi 10 kali ganda. Oleh itu, Khalid dan panglima-panglimanya, Abu Ubaydah ibn Jarrah, Amr ibn Ash, Shurahbil al-Hassana, dan Yazid ibn Sufian bersepakat melengahkan musuh-musuh bagi membuatkan mereka kepenatan.

Berikut adalah hari pertama sehingga hari keempat.Tentera infantri Muslim diatur oleh Khalid memanjang sejauh 18km bagi menghadapi tentangan musuh. Formasi yang dilakukan Khalid mirip formasi tentera Hoplite iaitu Phalax. Skuad berkuda di tempat paling belakang bagi menyokong tentera infantri di hadapan. Dengan keyakinan bahawa mereka mampu menewaskan tentera pimpinan Khalid dalam masa sehari, tentera pimpinan Theodore Trithyrius dan Vahan serta panglima-panglima sekutu menyerang habis-habisan ke jantung pasukan Muslim. Namun, ia tidak mampu memecah-belahkan pasukan Muslim. Pasukan berkuda musuh pula langsung tidak berfungsi sebagaimana tentera berkuda Muslim yang sentiasa bergerak ke sayap kiri dan sayap kanan infantri. Itulah kelemahan ketara pasukan Rom Byzantine yang berjaya dimanfaatkan oleh Khalid. Tentera Muslim akan memulakan serangan minor menjelang tengahari dan petang. Pertempuran sedemikian rupa berlarutan sehingga hari keempat pertempuran.

Terdapat cerita hebat disebalik pertempuran hari pertama Perang Yarmouk. Seorang panglima pasukan Rom Byzantine mencabar Khalid untuk pertempuran dual. Khalid bersetuju dengan cabaran itu. Diriwayatkan nama panglima itu adalah George atau Georgius. Maka terjadilah perdebatan di antara kedua-dua panglima besar ini. Perbualan mereka langsung tidak didengar oleh kedua-dua pasukan dek kerana bising bunyi ketukan besi dan pekikan. Masing-masing bertanya apakah yang dibual oleh kedua-duanya. Perbualan Khalid al Walid dengan George adalah seperti berikut :

“Wahai Khalid, jawablah dengan jujur dan jangan berbohong karena seorang yang merdeka tidak akan berbohong dan jangan pula engkau tipu aku karena seorang yang mulia tidak akan menipu orang yang berharap secara baik-baik. Demi Allah, apakah Allah pernah menurunkan sebuah pedang dari langit kepada Nabi-Nya lalu diberikannya kepadamu sehingga setiap kali engkau hunuskan pada suatu kaum engkau pasti bisa mengalahkannya?”

Khalid menjawab, “Tidak.”

“Kalau demikian, kenapa engkau dijuluki pedang Allah?”

“Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengutus Nabi-Nya pada kami lalu ia menyeru kami, tapi kami lari dan menjauh darinya. Kemudian sebagian dari kami memercayai dan mengikutinya dan sebagian lagi menjauh dan mendustakannya. Mulanya aku termasuk yang mendustakan, menjauh, bahkan memeranginya. Lalu Allah Subhanahu wa Ta’ala melembutkan hati kami dan memberi kami petunjuk sehingga kami mengikutinya. Kemudian beliau bersabda, ‘Engkau adalah pedang di antara pedang-pedang Allah yang Dia hunuskan kepada kaum musyrikin’.”

“Engkau telah jujur,” kata komandan Romawi itu. Lalu ia melanjutkan, “Wahai Khalid, beritahukanku, kepada apa kalian mengajak?”

Khalid menjawab, “Kepada syahadat bahwa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya serta membenarkan segala hal yang dibawanya dari sisi Allah SWT.”

Komandan Romawi itu mulai mendekati Khalid. Ia berkata, “Ajarkan aku Islam.”

Tentera Muslim terkejut apabila panglima bernama George itu bergerak bersama-sama Khalid memasuki khemah tentera Muslim. Rupa-rupanya George telah menerima seruan syahadah daripada Khalid. Kemudian George mendirikan solat sunat bersama-sama Khalid dan selesai solat, beliau berjuang di sisi Khalid sehingga syahid.

Manakala, hari kelima tentera Rom Byzantine cuba untuk berdamai dengan melakukan gencatan senjata namun gagal.

Dan seterusnya ialah pada hari keenam , iaitu dimana Khalid sedar bahawa tentera Romawi mula hilang motivasi, Khalid mengarahkan tenteranya melakukan serang major ke arah jantung tentera Romawi. Khalid pula mengetuai serangan di bahagian sayap dengan melakukan serangan pantas bagi mengejutkan musuh. Serangan seperti ini biasa dipratikkan oleh Alexander the Great yang terkenal dengan kekuatan tentera berkudanya, Hetairoi. Dalam serangan hari terakhir ini, Theodore Trithyrius dan Vahan tersungkur di medan perang.

Ramai di kalangan tentera Islam yang syahid dan tidak kurang pula yang sakit, luka dan cedera. Mereka yang cedera parah, apabila seorang diberikan air, lantas dia berkata rakannya di sebelah lebih memerlukan. Lalu diberikan kepada rakannya, tiba-tiba orang yang keduapun bersikap serupa, lebih mementingkan rakan yang lain, begitulah seterusnya sehinggakan orang memberi air berpusing-pusing di antara mereka tetapi belum ada yang sudi meminumnya. Maka, kesemua mereka mati syahid di medang perang tersebut. Ini membuktikan betapa wujudnya perasaan kasih kepada saudara seperti kasih kepada diri sendiri memang menjadi amalan mereka sebagaimana yang ditarbiahkan oleh Rasulullah SAW.


SIFAT KEPIMPINAN

1) KEMAHIRAN YANG TINGGI

Kemahiran merupakan suatu kefasihan / kecekapan yang diperoleh / diperkembangkan melalui latihan / pengalaman. Kemahiran yang diperoleh melalui dua perkara sama ada secara semulajadi dan dilatih. Semenjak kecil, Khalid sememangnya meminati kuda dan seni pertarungan pedang . Kemahiran berkuda dan kelancaran permainan pedangnya mengerunkan setiap musuh-musuhnya.. Di samping beliau juga mempunyai kemahiran dalam ilmu mempertahankan diri dan taktik ketenteraannya.

Dengan adanya kemahiran berkudanya, beliau mengetuai serangan di bahagian sayap kanan dengan melakukan serangan pantas bagi mengejutkan musuh. Keadaan ini menyebabkan Theodore Trithyrius dan Mahan tersungkur di medan perang.


2) MENTAL YANG KUAT

Mental beliau sangat kuat di mana beliau tidak sedikit pun termakan dengan kata-kata Mahan iaitu panglima musuh. Beliau telah berjumpa dengan panglima musuh yang bernama Mahan yang dengan angkuhnya merendah-rendahkan moral tentera Islam. Mahan telah berkata :

"Aku tahu kamu semua meninggalkan tanah air kerana terpaksa dan kelaparan. Jika kamu semua setuju, aku akan berikan setiap seorang tentera 10 dinar beserta dengan pakaian dan makanan dengan syarat mereka berangkat pulang dan tahun depan jumlah yang serupa akan dihantar ke Madinah".

Khalid b Al-Walid dengan tegasnya menjawab:

"Kami tidak akan keluar dari negeri kami kerana kelaparan seperti yang engkau sangkakan. Tetapi kami ialah satu kaum yang suka minum darah dan kami tahu tidak ada darah yang lebih lazat dan nikmat seperti darah orang Romawi, sebab itulah kami ke mari"

Setelah itu, Khalid Al-Walid selaku komandan perang beerteriak dengan kuatnya sambil bertakbir "Allahu Akbar" "Marilah kita berebut-rebut mencium bau Syurga". Maka terjadilah peperangan yang amat dahsyat. Anak panah bersimpang siur dan mayat bergelimpangan.

Kata–kata Mahan itu lansung tidak meninggalkan kesan kepada beliau dan pasukan tenteranya, malah menaikkan lagi semangat untuk meneruskan perjuangan itu.

3) TABLIGH

Tabligh ertinya menyampaikan. Segala firman Allah SWT yang ditujukan oleh manusia, disampaikan oleh Baginda. Tidak ada yang disembunyikan walaupun ianya menyinggung Baginda sendiri.

Sifat ini dapat dilihat apabila seorang panglima Rom telah memeluk Islam dan mati syahid. Pengislaman George iaitu paglima Rom telah mengejutkan pasukan tentera Rom. Khalid telah mengislamkan George dengan hanya perdebatan antara mereka. Perdebatan yang didebatkan adalah tentang pedang yang digunakan oleh Khalid sehingga menyebabkan setiap peperangan beliau menang. George mempersoal bahawa tuhan kah yang menurunkan pedang sehingga setiap peperangan yang disertainya menang.

Khalid menceritakan hal yang sebenarnya, di mana beliau dahulunya mendustakan Allah swt dan berlaku kejam. Namun, Allah swt telah membuka pintu hatinya sehingga beliau mngucap dua kalimah syahadah. Disini, menunjukkan bahawa Khalid telah menyebarkan dan menyampaikan dakwahnya kepada panglima Rom tersebut, sehingga pintu hatinya juga terbuka untuk memeluk Islam.

setakat ni sahaja ,, penulisan sy tentang sifat kepimpinan Khalid Al Walid ,, dalam perang yang disertainya..


Khalid al Walid dalam perang Uhud (sifat kepimpinan)



PERANG UHUD

PERISTIWA

Perang Uhud berlaku pada 3 Syawal tahun ketiga hijrah (19 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy dimana Khalid Al Walid menjadi ketua bagi tentera kafir Quraisy. Peperangan ini berlaku di Bukit Uhud. Pertempuran ini disertai 1000 orang tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w. menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang berjaya sampai ke medan Uhud. Hal ini kerana di pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai iaitu ketua orang munafiq. Tentera kafir Quraisy seramai 3000 orang yang diketuai oleh Abu Sufyan ibni Harb. Antara sebab berlakunya peperangan ini ialah di mana pasukan tentera Quraisy ingin membalas dendam akibat kekalahan pasukan tentera mereka dalam peperangan Badar.

Nabi Muhammad s.a.w. telah menyusun strategi dengan membahagikan tentera kepada tiga pasukan iaitu pasukan kanan dan kiri berhadapan melawan musuh. Manakala pasukan pemanah seramai 50 orang telah ditempatkan di atas bukit Uhud. Semua tentera pemanah tidak dibenarkan meninggalkan tempat masing-masing kecuali dengan arahan baginda sama ada kalah atau menang.

Pertempuran sengit berlaku antara kedua-dua pasukan. Namun, pasukan tentera musuh telah goyah dan mula melarikan diri dari medan perang. Keadaan ini menyebabkan pasukan pemanah tentera Islam mula turun dari bukit Uhud kerana mengharapkan harta rampasan yang banyak, kepunyaan musuh yang lari itu. Mereka ingkar akan pesanan Nabi Muhammad supaya tidak sesekali tinggalkan bukit Uhud.

Khalid bin Walid memimpin sayap kanan tentara Quraisy yang angkatan tenteranya empat kali jauh lebih ramai dari pasukan Islam. Ketika kekalahan menyelubungi tentera Quraisy beliau tidak mengalah dan sarafnya tetap membaja untuk mendapatkan kemenangan. Dia mengumpulkan kembali anak buahnya dan mencari kesempatan yang baik dan menyerbu pemanah-pemanah Islam yang masih tinggal dan membunuh mereka. Dengan kecepatan yang tiada taranya Khalid masuk dari garis belakang dan menggempur orang Islam di pusat pertahanannya. Orang-orang Quraisy yang telah lari berkumpul kembali dan mengikuti jejak Khalid menyerbu dari belakang. Ramai tentera Islam gugur syahid. Medan peperangan tersebut dihujani anak panah dan batu oleh tentera Quraisy kepada tentera Islam. Ramai tentera Islam terbunuh termasuk saidina Hamzah bin Abdul Muttalib, iaitu bapa saudara nabi, yang ditombak oleh Wahsyi. Kemudian tersebar khabar angin menyatakan yang Nabi Muhammad saw telah terbunuh. Keadaan tersebut mnyebabkan tentera Islam menjadi kucar kacir.

Nabi Muhammad masih selamat kerana dilindungi oleh beberapa orang sahabat. Namun, baginda cedera parah kerana terjatuh dalam perangkap yang digali. Ramai sahabat baginda yang terkorban ketika ingin mnyelamatkan baginda. Setelah itu, tentera Islam berundur ke Madinah, dan pasukan quraisy gagal mengejar dan Abu Sufian mengistiharkan pihak Quraisy menang. Bilangan tentera Islam yang terbunuh adalah seramai 70 orang dan pihak Quraisy pula seramai 23 orang. Tentera Islam yang mati syahid dikebumikan dengan pakaian perang mereka. Keadaan ini sangat mengayat hati, kerana ramai tentera islam terbunuh.

Dari lereng Bukit Uhud, kelihatan Khalid berdiri megah sambil mendabik dada dengan angkuhnya atas kejayaannya memporak-perandakan pertahanan tentera Islam dalam Perang Uhud itu. Lalu dengan suara yang nyaring dan lantang ditujukan kepada Nabi Muhammad dan para anggota tentera Islam yang lain, Khalid berkata:

"Wahai Muhammad, kami akhirnya berjaya juga mengalahkan kamu dalam peperangan ini. Lihatlah apa yang terjadi kepada bapa saudara kamu, Hamzah bin Abdul Mutalib, yang bukan sahaja tewas malah tubuhnya hancur dicincang dan lihatlah juga pasukan tentera kamu yang porak-peranda dan tidak lagi mampu bangun untuk melawan kami!"

Lalu baginda pun membalas dengan suara lantang yang dapat didengar dengan jelas oleh Khalid:

"Sebenarnya, kamu yang kalah wahai Khalid, kami tetap di pihak yang benar! Mereka yang gugur di kalangan kami sebenarnya syahid. Mereka tidak mati wahai Khalid, mereka tetap hidup di sisi Allah dengan penuh kemuliaan dan kenikmatan.

"Mereka hanya berpindah dari alam dunia ke alam akhirat dan menuju ke syurga Allah, sebagai balasan membela agama Allah sehingga gugur syahid.

"Tetapi mati kamu kelak dan begitu juga anggota tentera kamu yang lain, mati dalam keadaan kafir dan kamu semua akan dimasukkan ke dalam neraka jahanam, tiada sebarang kenikmatan kecuali seksaan daripada api neraka yang pedih," tegas Rasulullah.

Kata-kata Rasulullah itu telah membuatkan Khalid terdiam dan mengarahkan pasukan tenteranya pulang ke Mekah.


SIFAT KEPIMPINAN

1) TIDAK KENAL ERTI PUTUS ASA

Putus asa sangat sinonim dengan orang yang malas untuk berusaha. Orang yang berputus asa ini hanya mengharapkan kejayaan dating bergolek, namun ini tidak mustahil. Jika kita pernah gagal, ini tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Persoalan yang penting bukanlah bagaimana kita akan gagal tetapi persoalannya adalah bagaimana kita akan mengendalikan dan berhadapan dengan kegagalan tersebut. Apa yang kita hajati dan mahu hendaklah berusaha terlebih dahulu dan bertawakal kepada Allah swt. Namun, orang yang sebaliknya iaitu tidak kenal dan tidak sesekali berputus asa akan mendapat ganjaran setimpalnya.

Khalid al Walid juga terkenal dengan sifat nya yang tidak pernah berputus asa. Beliau dan pasukannya pernah kalah dalam peperangan Badar. Disebabkan itulah peperangan ini berlaku. Sifat tidak kenal putus asanya itu, membuatkan beliau dan pasukannya bangkit semula bagi menentang pasukan Islam. Beliau mengharapkan kemenangan pada peperangan ini, dan beroleh kemengangan itu dengan mudah. Beliau pada ketika itu sangant memusuhi Islam ekoran kekalahan beliau dalam peperanagn Badar.

Selain itu, sifat ini juga dapat dilihat ketika beliau dan pasukannya hampir-hampir mngecapi kekalahan, namun beliau tidak berputus asa untuk mengasak pasukan pemanah Islam yang berada di Bukit Uhud. Keadaan ini mengkucar kacirkan pihak Islam, dimana mereka sibuk mengutip harta yang ditinggalkan pihak Quraisy.


2) BERUSAHA MENCARI KEBENARAN

Usaha merupakan satu cabang dimana seseorang itu lakukan bagi mencapai matlamat yang diingininya. Tanpa usaha, ianya akan sia-sia. Usaha untuk mencari kebenaran amat penting, dimana kita tidak digalakkan untuk menuduh dan syak wasangka. Contohnya nya dapat dilihat, dimana orang bukan Islam berusaha bagi mencari kebenaran tentang agama Islam.

Dalam siri ini dapat dilihat bahawa Khalid al Walid pada akhirnya mendabik dada atas kemenangan beliau dan pasukannya kepada nabi Muhammad saw. Ketika itu, Nabi Muhammad saw menghujahkan ayat yang membuatkan beliau tergamam. Situasinya adalah seperti berikut, Khalid al Walid berkata kepada Nabi Muhammad saw:

"Wahai Muhammad, kami akhirnya berjaya juga mengalahkan kamu dalam peperangan ini. Lihatlah apa yang terjadi kepada bapa saudara kamu, Hamzah bin Abdul Mutalib, yang bukan sahaja tewas malah tubuhnya hancur dicincang dan lihatlah juga pasukan tentera kamu yang porak-peranda dan tidak lagi mampu bangun untuk melawan kami!"
Lalu baginda pun membalas dengan suara lantang yang dapat didengar dengan jelas oleh Khalid:

"Sebenarnya, kamu yang kalah wahai Khalid, kami tetap di pihak yang benar! Mereka yang gugur di kalangan kami sebenarnya syahid. Mereka tidak mati wahai Khalid, mereka tetap hidup di sisi Allah dengan penuh kemuliaan dan kenikmatan.

"Mereka hanya berpindah dari alam dunia ke alam akhirat dan menuju ke syurga Allah, sebagai balasan membela agama Allah sehingga gugur syahid.

"Tetapi mati kamu kelak dan begitu juga anggota tentera kamu yang lain, mati dalam keadaan kafir dan kamu semua akan dimasukkan ke dalam neraka jahanam, tiada sebarang kenikmatan kecuali seksaan daripada api neraka yang pedih," tegas Rasulullah.
Setelah mendengar hujah dari baginda, Khalid terus tergamam dan membawa angkatan tenteranya pulang. Namun, selepas itu Khalid al walid terus memikirkan dan terngiang-ngiang di telinganya tentang hujah baginda. Beliau tidak senang duduk dan asyik termenung. Beliau mengambil keputusan untuk menghantar risikan bagi mencari kebenaran tentang apa yang dikatakan oleh baginda. Perisik tersebut telah diarahkan bagi memantau dan melaporkan kepadanya aktiviti-aktiviti Rasulullah dan para pengikutnya disana.

Perisik memberitahu apa yang didengarinya, bahawa baginda memuji beliau. Beliau sama sekali tidak menyangka terhadap kepercayaan seorang pemimpin besar kepadanya, sedangkan beliau melakukan kekejaman dan kejahatan sebelum ini. Beliau mengambil keputusan untuk bertemu baginda dan akhirnya beliau memeluk Islam.

3) FATHONAH (BIJAKSANA)

Fathonah ertinya bijaksana. Mustahil bagi seseorang Rasul itu bersifat bodoh atau jahlun. Dalam menyampaikan ayat Al-Quran dan kemudian menjelaskannya dalam puluhan ribu hadis memerlukan kebijaksanaan yang luar biasa. Sifat ini merupakan salah satu sifat terpuji Nabi Muhammad saw.

Dalam siri peperangan ini, Khalid juga mempunyai ciri-ciri ini dimana beliau bijaksana dalam mengatur strategi bagi memenangi sesuatu peperangan itu. Beliau menggunakan strategi yang berlainan dalam satu-satu pertarungan. Dalam menghadapi musuh, beliau sering dilihat terlebih dahulu akan mengkaji rupa bentuk bumi, arah angin, iklim dan kekuatan pasukan musuh. Jika berkesempatan, beliau akan melantik beberapa tentera yang berani dan cekap untuk melakukan gerakan pengintipan dan sabotaj.

Kebijaksanaan beliau terserlah apabila beliau mengumpulkan kembali anak buahnya dan mencari kesempatan yang baik dan menyerbu pemanah-pemanah Islam yang masih tinggal dan membunuh mereka. Dimana pemanah-pemanah Islam turun bagi mngutip harta rampasan perang kaum Quraisy. Dengan kecepatan yang tiada taranya Khalid masuk dari garis belakang dan menggempur orang Islam di pusat pertahanannya. Orang-orang Quraisy yang telah lari berkumpul kembali dan mengikuti jejak Khalid menyerbu dari belakang. Ramai tentera Islam syahid.

>> sambungan ke perang Muktah

Khalid Al Walid dalam Perang Yamamah

PERANG YAMAMAH
PERISTIWA

Perang Yamamah berlaku pada bulan Disember 632 M. Perang ini berlaku akibat penentangan yang dilancarkan oleh Musailamah al-Kazzab yang berpusat di Yamamah terhadap kerajaan Khulafa al-Rasyidin pimpinan Saidina Abu Bakar.  Perang ini melibatkan pasukan kelolaan Khalid bin al-Walid di bawah arahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dengan pasukan Musailmah al-Khazzab. Maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golongan Riddah. Hal ini merupakan permulaan siri Peperangan Islam-Riddah. Musailamah mendakwa bahawa beliau adalah nabi yang diutuskan Allah  bersama-sama Rasullulah saw. Beliau yang mempunyai kehebatan sihir telah berjaya memikat kabilah bani Hunaifah dan digelar "Al-Kadzdzab" artinya pembohong besar kerana mengakui dirinya Nabi setelah baginda wafat.

Saidina Abu Bakar telah memberi pidato semangat kepada tentera Islam yang antara lainnya berbunyi :"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda :

"Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid b Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik"

Pertempuran ini berlaku pada awal pagi. Musailamah menyusun pasukannya menjadi tiga bahagian iaitu bahagian tengah, sayap kanan dan sayap kiri. Sayap kanan diketuai oleh Muhakim ibn Tufail, sayap kiri dipimpin oleh Rajjal dan bahagian tengah dipimpin oleh Musailamah sendiri.

Bagi tentera Islam, Khalid mengatur strategi yang sama seperti tentera Musailamah. Sayap kanan dipimpin oleh Zaid ibn Khattab, sayap kiri dipimpin oleh Abu Huzaifah dan bahagian tengah oleh Khalid sendiri.

Khalid bin Walid mengajukan tawaran kepada Musailamah agar mereka kembali memeluk Islam dan bertaubat sehingga tidak terjadi peperangan. Namun Musailamah tidak mengendahkan tawaran tersebut, tapi malah menyuruh pasukannya untuk berperang. Akhirnya peperangan terjadi. Walaupun Pasukan Muslim berhasil memukul mundur Pasukan Musyrikin Musailamah ke benteng mereka, banyak pasukan Islam yang Syahid.Pada mula, tentera Muslim pimpinan Khalid al-Walid berjaya mengasak tentera Musailamah sehingga memaksa Musailamah berundur dan bertahan. Bani Hunaifah yang dipimpin Musailamah terkenal dengan semangat juang dan kepahlawanannya telah mengasak kembali tentera Muslim dengan tentera Musailamah daripada sisi menyerang jantung pasukan Muslim. Akibatnya, ramai tentera muslim syahid dan ramai di antara mereka adalah hafiz (penghafal al-Quran).

Khalid All-Walid sebagai pahlawan sejati yang pakar dalam strategi peperangan telah berjaya memberi semangat baru kepada tenteranya dengan ucapannya yang penuh karisma. Beliau berteriak kepada tenteranya :

"Bergembiralah kerana kami akan melihat setiap orang akan mengalami bencana masing-masing".

Khalid segera mengarahkan mereka berundur dan beliau mula menyusun kembali formasi. Beliau merasakan beliau membuat kesalahan formasi dengan mencampur-adukkan pelbagai suku kaum dalam satu pasukan. Dengan itu, beliau terus menyusun kembali formasi dengan mengasingkan pasukan mengikut suku kaum. Seorang ketua dilantik menjadi ketua unit.

Strategi Khalid ternyata berhasil apabila moral pasukan terus naik mendadak. Tentera Muslim menyerang kembali tentera murtad Musailamah sehingga mengasak mereka ke sebuah kubu yang dinamakan Taman Maut kerana ramainya tentera di kedua belah pihak meninggal di sini termasuklah Musailamah

CIRI KEPIMPINAN

1) BERSEMANGAT
Semangat merupakan salah satu sifat kepimpinan yang patut ditonjolkan oleh setiap pemimpin. contohnya semangat pasukan itu penting apabila berperang. Tanpa semangat itu, pasukan kita akan mudah dan cepat mengalah. Oleh itu pemimpin harus juga bersemngat dan memberi semngat itu kepada pasukannya.
Khalid al Walid banyak menonjolkan sifat kepimpinan ini dalam peperangan ini. Beliau bijak memberikan semangat kepada pasukan supaya tidak cepat berputus asa. Ada antara ayatnya yang membuatkan moral pasukan nya naik mendadak. Ketika itu ramai ahli pasukannya yang syahid. Maka beliau berteriak kepada tenteranya :

"Bergembiralah kerana kami akan melihat setiap orang akan mengalami bencana masing-masing".

Di samping itu, beliau juga telah menyedari bahawa beliau tersalah mnyusun tranformasi tenteranya, iaitu membahagikan kumpulan tenteranya dengan mencampur adukkan suku kaum. Oleh itu, beliau mengubah taktik itu dengan menyusun semula mengikut kaum. Sekaligus menaikkan semangat tenteranya.

2) SIDDIQ
Siddiq ertinya benar. Benar adalah suatu sifat yang mulia yang menghiasi akhlak seseorang yang beriman kepada Allah dan kepada perkara-perkara yang ghaib. Ia merupakan sifat pertama yang wajib dimiliki para Nabi dan Rasul yang dikirim Tuhan ke alam dunia ini bagi membawa wahyu dan agamanya.
Namun sifat ini juga ada pada Khalid al Walid walaupun walaupun beliau hanya pemimpin biasa. Nabi dan Rasul telah membawa wahyu dan agamanya iaitu agama Islam dengan benar, Khalid al Walid pula memperjuangkan agama Islam ini. Pelbagai cara digunakan untuk berdakwah bagi menyebarkan agama Islam yang benar, sebagaimana telah diwahyukan kepada Nabi dan Rasul.

Dalam siri peperangan ini, melibatkan pasukan kelolaan Khalid bin al-Walid di bawah arahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dengan pasukan Musailmah al-Khazzab. Musailamah yang mengaku dirinya Nabi selepas kewafatan baginda. Khalid al walid menentang habis-habisan kaum yang riddah, dan mengatakan yang Musailamah adalah nabi palsu dan menafikan ajaran sesatnya. Peperangan ini berlaku bagi mengelakkan orang ramai terpesong dengan ajaran yang tidak benar, dan mengajarkan ajaran yang sebenarnya yang diwahyukan Allah swt kepada nabi Muhammad saw.

>> sambungan perang Yarmouk..

Khalid Al Walid dalam Perang Muktah

PERANG MU’TAH
PERISTIWA

Perang Mu'tah berlaku pada sekitar tahun 629M. Mu'tah ialah sebuah perkampungan yang terletak di daerah syam. Baginda menghantar tentera seramai 3,000 orang untuk menghadapi tentera Rom seramai 200,000 orang tentera. Pada mulanya tentera Rom seramai 100,000, namun Maharaja Rom memerintah semua suku Arab di bawah tanah jajahannya untuk menghantar tentera sehingga mencapai 200,000 orang tentera.

Perang ini berlaku untuk menuntut bela diatas kematian seorang utusan yang bernama Harith bin Umair Al-Azdi. Harith diarahkan untuk menghantar utusan kepada maharaja Rom yang diutuskan oleh Nabi Muhammad saw sebagai tanda persahabatan antara baginda dengan maharaja Rom di samping untuk menyebarkan agama Islam. Namun, sampai di pertengahan jalan , iaitu sempadan Basrah Harith ditahan oleh Syurahbil bin Amru iaitu penguasa Basrah. Syurahbil mempertikaikan utusan yang dihantar dan siapa itu Nabi Muhammad saw. Syurahbil enggan membenarkan Harith untuk bertemu maharaja Rom dan menghantar utusan tersebut. Namun, Harith tetap memegang amanah Nabi Muhammad saw, umtuk menghantar utusan itu kepada maharaja Rom. Sampai satu tahap Syurahbil bertindak kasar dengan mengikat kaki dan tangan harith lalu memenggal kepala Harith dan surat tersebut dibakar. Mengikut undang-undang, utusan tidak boleh diganggu dan disakiti. Keadaan ini mencetuskan kemarahan kaum Islam. Maka, berlakulah perang Mu’tah ini.

Amru ditugaskan untuk membuat risikan telah menyampaikan kepada Zaid bin Harithah tentang kekuatan tentera pihak musuh. Baginda telah mewasiatkan dan melantik tiga orang panglima Islam iaitu Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah, manakala Zaid ibn Harithah dilantik sebagai ketua panglima. Apabila Zaid gugur maka akan diganti dengan Jaafar dan apabila Jaafar gugur akan digantikan dengan Abdullah.

Strategi yang digunakan iaitu dengan mengambil contoh dari perang Uhud, dengan meletakkan 300 pasukan pemanah di kaki bukit. Perangkap pula si letakkan di sepanjang jalan. Ketika ini pihak musuh berada di kawasan tanah pamah. Apabila berlakunya banjir, ramai tentera Rom yang terbunuh dan ini tidak menjejaskan bilangan tenteranya kerana tentera yang dihantar seramai 200000.

Semasa pertempuran berlaku, Zaid telah diserang oleh seorang tentera Rom dimana tentera Rom tersebut telah membenamkan tombaknya ke perut Zaid sehingga menembusi belakang. Setelah itu panji Nabi Muhammad tersebut telah disambar oleh Jaafar. Tentera Rom tertumpu kearah Jaafar pula. Namun, beliau sedikitpun tidak gentar. Jaafar terpaksa membunuh kudanya khuatir jatuh ketangan musuh di samping sukar baginya untuk melawan tentera Rom yang mengepungnya. Namun, tangan kanan Jaafar yang memegang panji tersebut telah ditetak oleh seorang tentera Rom. Menyedari tangan kanannya sudah dipotong, Jaafar melepaskan senjata yang berada di tangan kirinya dan memegang panji di tangan kirinya. Jaafar tidak gentar apabila tidak memegang senjata, malah Jaafar mnyeru tenteranya untuk terus berjuang demi agama Islam. Kemudian datang seorang tentera Rom menetak tangan kirinya dan Jaafar mngepit panji tersebut dengan menggunakan lengannya yang kudung. Namun, datang lagi tentera Rom dari arah belakang dan menetak Jaafar sehingga terbelah dua. Kemudian panji tersebut diselamatkan oleh Abdullah bin Rawahah.

Thabit bin Arqam menyambut panji-panji tersebut. Thabit menolak untuk menjadi ketua perang dan meminta pendapat tenteranya  siapakan layak untuk memegang panji tersebut. Dan Khalid al Walid dipilih untuk memegang panji tersebut. Berita tentang kematian ketiga-tiga panglima yang diwasiatkan oleh baginda telah syahid tersebut sampai kepada Nabi Muhammad SAW lalu baginda bersabda yang maksudnya:

“Zaid memegang panji-panji kemudian gugur. Panji-panji diambil oleh Jakfar dan dia pun gugur juga. Panji itu dipegang oleh Ibnu Rawwahah dia pun gugur juga,”

Rasulullah SAW diam sebentar dan kelihatan baginda menitiskan air mata. Kemudian baginda bersabda lagi

“Akhirnya panji-panji itu dicapai oleh Si Pedang Allah dan Allah mengurniakan kemenangan kepada mereka (kaum muslimin)”

Segala strategi Khalid hanya satu sahaja iaitu mengelirukan musuh. Khalid menyusun kembali formasi tentera dari sisi kiri(left flank) diganti ke sisi kanan(right flank)  bagi membolehkan tentera Romawi tidak mengecam wajah mereka dan beranggapan tentera yang mereka hadapi adalah tentera bantuan dari Madinah. Bergitu juga arahan Khalid untuk berbaris memanjang dan membuat bising, ia untuk mengelirukan musuh bahawa jumlah mereka adalah ramai. Selain itu, tentera berkuda pimpinan Khalid yang bersembunyi di belakang bukit dan keluar apabila matahari naik adalah bertujuan untuk menimbulkan suasana huru-hara disebabkan debu-debu yang bertembangan. Tentera infantry juga disaran oleh Khalid untuk turut membuat debu bagi menambahkan kesan ‘penipuan’.

Strategi Khalid berjaya meruntuhkan moral musuh dan akhirnya kedua-dua pasukan berundur dari medan perang. Selepas Perang Mu’tah, Khalid digelar Rasullulah saw sebagai pedang Allah ataupun Saifullah kerana keberanian dan kebijaksanaannya di medan pertempuran.

  
CIRI KEPIMPINAN

1) BIJAK MEGATUR STRATEGI
Bermaksud, dimana kepintaran seseorang itu dalam menguruskan strategi peperangan yang mantap. Strategi yang digunakan mempunyai faedah-faedah tertentu untuk psukan ketenteraan , juga dalam organisasi. Khalid Al Walid menggunakan pelbagai strategi yang menraik bagi melawan pihak musuh. Beliau menerapkan strategi perang para pemimpin perang terdahulu. Malah, beliau mengadaptasinya menjadi lebih efektif dan inovatif. Sememangnya beliau seorang genius perang yang patut dikagumi oleh umat Islam.

Banyak strategi yang telah dijanakan oleh beliau. Contohnya dalam peperangan Muktah dimana beliau mengmbil contoh peperangan Uhud dimana meletakkan 300 pemanah di kaki bukit. Dan perangkap pula dipasang di sepanjang jalan. Ketika ini pihak musuh berada di kawasan tanah pamah. Apabila berlakunya banjir, ramai tentera Rom yang terbunuh dan ini tidak menjejaskan bilangan tenteranya kerana tentera yang dihantar seramai 200000.

Segala strategi Khalid hanya satu sahaja iaitu mengelirukan musuh. Khalid menyusun kembali formasi tentera dari sisi kiri(left flank) diganti ke sisi kanan(right flank)  bagi membolehkan tentera Romawi tidak mengecam wajah mereka dan beranggapan tentera yang mereka hadapi adalah tentera bantuan dari Madinah. Bergitu juga arahan Khalid untuk berbaris memanjang dan membuat bising, ia untuk mengelirukan musuh bahawa jumlah mereka adalah ramai. Selain itu, tentera berkuda pimpinan Khalid yang bersembunyi di belakang bukit dan keluar apabila matahari naik adalah bertujuan untuk menimbulkan suasana huru-hara disebabkan debu-debu yang bertembangan. Tentera infantry juga disaran oleh Khalid untuk turut membuat debu bagi menambahkan kesan ‘penipuan’. Keadaan ini menyebabkan pihak musuh undur dari medan perang. Dan mengistiharkan Islam menang.

2) BERANI
Berani merupakan satu sifat kepimpinan yang harus ada pada setiap pemimpin. Dengan adanya sifat ini dalam setiap pemimpin, ia akan meggalakkan kita terus Berjaya mengharungi apa jua rintangan. Keberanian juga kunci kepada kejayaan seseorang pemimpin. Ianya dapat dilihat dalam diri Khalid. Dimana beliau seorang yang berani, gagah perkasa.

Khalid Al Walid amat dikenali sebagai seorang yang gagah berani. Beliau sanggup melakukan apa saja untuk memperjuangkan Islam. Di samping keinginan beliau untuk mati syahid dalam memperjuangkan Islam. Dari kecil lagi beliau dididik untuk menjadi seorang yang berani. Disebabkan keberaniannya beliau mendapat gelaran Saifullah al-Maslul (bermaksud Pedang Allah SWT yang terhunus atau Pedang Allah). Beliau mendapat gelaran tersebut ketika berlakunya perang Muktah pada tahun 8 hijrah.

Dalam perang ini tentera Islam seramai 3,000 orang berperang melawan tentera Rom yang berjumlah 200,000 orang. Sepuluh kali ganda tentera Islam. Namun, ini tidak mematahkan semangat beliau dan pasukannya. Beliau menganggap itu sebagai satu cabaran baginya dan pasukannya. Beliau tidak gentar, malah semangat itu berkobar-kobar untuk meraih kemengan disamping mati syahid.

3) AMANAH
Amanah ertinya benar-benar boleh dipercayai. Jika satu urusan diserahkan kepadanya, nescaya orang percaya bahawa urusan itu akan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Amanah merupakan salah satu sifat terpuji baginda. Baginda seorang yang sangat amanah. Baginda tidak penah ingkar akan arahan dan tunaikan setiap apa yang tekah diamanahkan. Khalid sebagai umat Nabi Muhammad saw yang diberi amanah tanggungjawab oleh Allah sebagai khalifah untuk memakmurkan alam ini daripada segala kemungkaran dan kefasiqkan.

Dalam peperangan ini, beliau menunjukkan sifat amanah ini apabila beliau memikul jawatan sebagai ketua selepas kematian ketiga-tiga panglima perang yang telah diwasitkan oleh baginda. Selepas kematian panglima tersebut iaitu Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah panji tersebut disambut oleh Thabit bin Arqam. Namun Thabit bermesyuwarah untuk melantik Khalid sebagai ketua.

Beliau menerima amanah tersebut dengan rela hati. Beliau bagaikan singa kelaparan menentang musuh sambil menjulang panji baginda. Beliau memikul amanah tersebut dan bersedia untuk mati syahid demi agama Islam. Setelah bertarung habis habisan, pihak musuh menghadapi kekalahan. Kemenangan beliau ini menyumbang kepada gelaran beliau iaitu pedang Allah swt.

>> sambungan ke perang Yamamah ..

Saifullah Al Maslul (ciri2 kepimpinan)

LATAR BELAKANG
 Nama penuh beliau ialah Khalid bin Al Walid bin Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum bin Yaqzah bin Marrah al Mahzumi. Beliau dilahirkan pada tahun 592 iaitu 17tahun sebelum pembangunan Islam di Mekah. Beliau merupakan keturunan bani Makhzum. Nabi Muhammad saw, Abu Bakar dan Khalid al Walid merupakan asal keluarga yang sama. Beliau mendapat gelaran Saifullah al Maslul iaitu pedang Allah swt yang terhunus. Beliau mendapat gelaran tersebut ketika berlakunya perang Muktah pada tahun 8 hijrah.

Bapanya Walid bin Mughirah merupakan pemimpin Quraisy yang disegani ramai. Bapanya seorang yang sangat pemurah dan mendapat gelaran Adil Wahid atau orang pemurah nombor satu. Bapanya juga telah memeluk Islam. Ibunya pula bernama Lubabah as-Saghirah. Anak kepada Haris yang merupakan pemimpin Quraisy yang dihormati. Lubabah juga merupakan anak kepada Maimunah iaitu isteri nabi Muhammad saw.

Semenjak kecil, Khalid sememangnya meminati kuda dan seni pertarungan pedang. Beliau juga dikatakan belajar ilmu strategi perang. Ini telah memberi manfaat kepadanya kerana ia menjadi tunjang kepada setiap kemenangan beliau dalam setiap peperangan yang dipimpinnya. Beliau dilatih untuk menjadi pahlawan. Beliau dilatih menunggang kuda dan mahir menggunakan senjata. beliau dihormati dan disegani disebabkan kemahiran beliau itu. Beliau diberi tanggungjawab untuk memimpin pasukan Quraisy dalam usia yang begitu muda.

Contohnya pada peperangan Uhud pada hari sabtu bersamaan 3 Hijrah dimana beliau mempraktikkan kemahiran beliau dalam menunggang kuda dan kepintaran beliau dalam menyusun strategi membuatkan tentera Quraisy pada ketika itu mendapat kemenanagan. Ketika ini beliau belum lagi memeluk Islam, dimana beliau merupakan musuh Islam yang paling digeruni.

Beliau telah memeluk Islam pada bulan Safar tahun 8H bersama-sama Uthman b Talhah dan Amru b Al-As. Setelah itu, beliau adalah pahlawan yang berjuang menentang orang-orang yang menentang Rasulullah SAW. Beliau telah menyertai 50 peperangan dan mendapat kemenangan.

Sebelum beliau memeluk Islam, beliau telah menyertai dua peperangan menentang Islam iaitu peperangan Badar dan Uhud. Pada peperangan Uhud, pasukan beliau memperoleh kemenangan dimana peperangan itu berlaku bagi membalas dendam atas kekalahan peperangan Badar. Antara peperangan selepas beliau memeluk Islam ialah Muktah, Yamamah, perang Sungai, peperangan Berantai dan Yamourk. 

>> Sambungan perang Uhud

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Old Pink Turtle