followers

Wednesday, 19 December 2012

Khalid al Walid dalam perang Uhud (sifat kepimpinan)



PERANG UHUD

PERISTIWA

Perang Uhud berlaku pada 3 Syawal tahun ketiga hijrah (19 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy dimana Khalid Al Walid menjadi ketua bagi tentera kafir Quraisy. Peperangan ini berlaku di Bukit Uhud. Pertempuran ini disertai 1000 orang tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w. menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang berjaya sampai ke medan Uhud. Hal ini kerana di pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai iaitu ketua orang munafiq. Tentera kafir Quraisy seramai 3000 orang yang diketuai oleh Abu Sufyan ibni Harb. Antara sebab berlakunya peperangan ini ialah di mana pasukan tentera Quraisy ingin membalas dendam akibat kekalahan pasukan tentera mereka dalam peperangan Badar.

Nabi Muhammad s.a.w. telah menyusun strategi dengan membahagikan tentera kepada tiga pasukan iaitu pasukan kanan dan kiri berhadapan melawan musuh. Manakala pasukan pemanah seramai 50 orang telah ditempatkan di atas bukit Uhud. Semua tentera pemanah tidak dibenarkan meninggalkan tempat masing-masing kecuali dengan arahan baginda sama ada kalah atau menang.

Pertempuran sengit berlaku antara kedua-dua pasukan. Namun, pasukan tentera musuh telah goyah dan mula melarikan diri dari medan perang. Keadaan ini menyebabkan pasukan pemanah tentera Islam mula turun dari bukit Uhud kerana mengharapkan harta rampasan yang banyak, kepunyaan musuh yang lari itu. Mereka ingkar akan pesanan Nabi Muhammad supaya tidak sesekali tinggalkan bukit Uhud.

Khalid bin Walid memimpin sayap kanan tentara Quraisy yang angkatan tenteranya empat kali jauh lebih ramai dari pasukan Islam. Ketika kekalahan menyelubungi tentera Quraisy beliau tidak mengalah dan sarafnya tetap membaja untuk mendapatkan kemenangan. Dia mengumpulkan kembali anak buahnya dan mencari kesempatan yang baik dan menyerbu pemanah-pemanah Islam yang masih tinggal dan membunuh mereka. Dengan kecepatan yang tiada taranya Khalid masuk dari garis belakang dan menggempur orang Islam di pusat pertahanannya. Orang-orang Quraisy yang telah lari berkumpul kembali dan mengikuti jejak Khalid menyerbu dari belakang. Ramai tentera Islam gugur syahid. Medan peperangan tersebut dihujani anak panah dan batu oleh tentera Quraisy kepada tentera Islam. Ramai tentera Islam terbunuh termasuk saidina Hamzah bin Abdul Muttalib, iaitu bapa saudara nabi, yang ditombak oleh Wahsyi. Kemudian tersebar khabar angin menyatakan yang Nabi Muhammad saw telah terbunuh. Keadaan tersebut mnyebabkan tentera Islam menjadi kucar kacir.

Nabi Muhammad masih selamat kerana dilindungi oleh beberapa orang sahabat. Namun, baginda cedera parah kerana terjatuh dalam perangkap yang digali. Ramai sahabat baginda yang terkorban ketika ingin mnyelamatkan baginda. Setelah itu, tentera Islam berundur ke Madinah, dan pasukan quraisy gagal mengejar dan Abu Sufian mengistiharkan pihak Quraisy menang. Bilangan tentera Islam yang terbunuh adalah seramai 70 orang dan pihak Quraisy pula seramai 23 orang. Tentera Islam yang mati syahid dikebumikan dengan pakaian perang mereka. Keadaan ini sangat mengayat hati, kerana ramai tentera islam terbunuh.

Dari lereng Bukit Uhud, kelihatan Khalid berdiri megah sambil mendabik dada dengan angkuhnya atas kejayaannya memporak-perandakan pertahanan tentera Islam dalam Perang Uhud itu. Lalu dengan suara yang nyaring dan lantang ditujukan kepada Nabi Muhammad dan para anggota tentera Islam yang lain, Khalid berkata:

"Wahai Muhammad, kami akhirnya berjaya juga mengalahkan kamu dalam peperangan ini. Lihatlah apa yang terjadi kepada bapa saudara kamu, Hamzah bin Abdul Mutalib, yang bukan sahaja tewas malah tubuhnya hancur dicincang dan lihatlah juga pasukan tentera kamu yang porak-peranda dan tidak lagi mampu bangun untuk melawan kami!"

Lalu baginda pun membalas dengan suara lantang yang dapat didengar dengan jelas oleh Khalid:

"Sebenarnya, kamu yang kalah wahai Khalid, kami tetap di pihak yang benar! Mereka yang gugur di kalangan kami sebenarnya syahid. Mereka tidak mati wahai Khalid, mereka tetap hidup di sisi Allah dengan penuh kemuliaan dan kenikmatan.

"Mereka hanya berpindah dari alam dunia ke alam akhirat dan menuju ke syurga Allah, sebagai balasan membela agama Allah sehingga gugur syahid.

"Tetapi mati kamu kelak dan begitu juga anggota tentera kamu yang lain, mati dalam keadaan kafir dan kamu semua akan dimasukkan ke dalam neraka jahanam, tiada sebarang kenikmatan kecuali seksaan daripada api neraka yang pedih," tegas Rasulullah.

Kata-kata Rasulullah itu telah membuatkan Khalid terdiam dan mengarahkan pasukan tenteranya pulang ke Mekah.


SIFAT KEPIMPINAN

1) TIDAK KENAL ERTI PUTUS ASA

Putus asa sangat sinonim dengan orang yang malas untuk berusaha. Orang yang berputus asa ini hanya mengharapkan kejayaan dating bergolek, namun ini tidak mustahil. Jika kita pernah gagal, ini tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Persoalan yang penting bukanlah bagaimana kita akan gagal tetapi persoalannya adalah bagaimana kita akan mengendalikan dan berhadapan dengan kegagalan tersebut. Apa yang kita hajati dan mahu hendaklah berusaha terlebih dahulu dan bertawakal kepada Allah swt. Namun, orang yang sebaliknya iaitu tidak kenal dan tidak sesekali berputus asa akan mendapat ganjaran setimpalnya.

Khalid al Walid juga terkenal dengan sifat nya yang tidak pernah berputus asa. Beliau dan pasukannya pernah kalah dalam peperangan Badar. Disebabkan itulah peperangan ini berlaku. Sifat tidak kenal putus asanya itu, membuatkan beliau dan pasukannya bangkit semula bagi menentang pasukan Islam. Beliau mengharapkan kemenangan pada peperangan ini, dan beroleh kemengangan itu dengan mudah. Beliau pada ketika itu sangant memusuhi Islam ekoran kekalahan beliau dalam peperanagn Badar.

Selain itu, sifat ini juga dapat dilihat ketika beliau dan pasukannya hampir-hampir mngecapi kekalahan, namun beliau tidak berputus asa untuk mengasak pasukan pemanah Islam yang berada di Bukit Uhud. Keadaan ini mengkucar kacirkan pihak Islam, dimana mereka sibuk mengutip harta yang ditinggalkan pihak Quraisy.


2) BERUSAHA MENCARI KEBENARAN

Usaha merupakan satu cabang dimana seseorang itu lakukan bagi mencapai matlamat yang diingininya. Tanpa usaha, ianya akan sia-sia. Usaha untuk mencari kebenaran amat penting, dimana kita tidak digalakkan untuk menuduh dan syak wasangka. Contohnya nya dapat dilihat, dimana orang bukan Islam berusaha bagi mencari kebenaran tentang agama Islam.

Dalam siri ini dapat dilihat bahawa Khalid al Walid pada akhirnya mendabik dada atas kemenangan beliau dan pasukannya kepada nabi Muhammad saw. Ketika itu, Nabi Muhammad saw menghujahkan ayat yang membuatkan beliau tergamam. Situasinya adalah seperti berikut, Khalid al Walid berkata kepada Nabi Muhammad saw:

"Wahai Muhammad, kami akhirnya berjaya juga mengalahkan kamu dalam peperangan ini. Lihatlah apa yang terjadi kepada bapa saudara kamu, Hamzah bin Abdul Mutalib, yang bukan sahaja tewas malah tubuhnya hancur dicincang dan lihatlah juga pasukan tentera kamu yang porak-peranda dan tidak lagi mampu bangun untuk melawan kami!"
Lalu baginda pun membalas dengan suara lantang yang dapat didengar dengan jelas oleh Khalid:

"Sebenarnya, kamu yang kalah wahai Khalid, kami tetap di pihak yang benar! Mereka yang gugur di kalangan kami sebenarnya syahid. Mereka tidak mati wahai Khalid, mereka tetap hidup di sisi Allah dengan penuh kemuliaan dan kenikmatan.

"Mereka hanya berpindah dari alam dunia ke alam akhirat dan menuju ke syurga Allah, sebagai balasan membela agama Allah sehingga gugur syahid.

"Tetapi mati kamu kelak dan begitu juga anggota tentera kamu yang lain, mati dalam keadaan kafir dan kamu semua akan dimasukkan ke dalam neraka jahanam, tiada sebarang kenikmatan kecuali seksaan daripada api neraka yang pedih," tegas Rasulullah.
Setelah mendengar hujah dari baginda, Khalid terus tergamam dan membawa angkatan tenteranya pulang. Namun, selepas itu Khalid al walid terus memikirkan dan terngiang-ngiang di telinganya tentang hujah baginda. Beliau tidak senang duduk dan asyik termenung. Beliau mengambil keputusan untuk menghantar risikan bagi mencari kebenaran tentang apa yang dikatakan oleh baginda. Perisik tersebut telah diarahkan bagi memantau dan melaporkan kepadanya aktiviti-aktiviti Rasulullah dan para pengikutnya disana.

Perisik memberitahu apa yang didengarinya, bahawa baginda memuji beliau. Beliau sama sekali tidak menyangka terhadap kepercayaan seorang pemimpin besar kepadanya, sedangkan beliau melakukan kekejaman dan kejahatan sebelum ini. Beliau mengambil keputusan untuk bertemu baginda dan akhirnya beliau memeluk Islam.

3) FATHONAH (BIJAKSANA)

Fathonah ertinya bijaksana. Mustahil bagi seseorang Rasul itu bersifat bodoh atau jahlun. Dalam menyampaikan ayat Al-Quran dan kemudian menjelaskannya dalam puluhan ribu hadis memerlukan kebijaksanaan yang luar biasa. Sifat ini merupakan salah satu sifat terpuji Nabi Muhammad saw.

Dalam siri peperangan ini, Khalid juga mempunyai ciri-ciri ini dimana beliau bijaksana dalam mengatur strategi bagi memenangi sesuatu peperangan itu. Beliau menggunakan strategi yang berlainan dalam satu-satu pertarungan. Dalam menghadapi musuh, beliau sering dilihat terlebih dahulu akan mengkaji rupa bentuk bumi, arah angin, iklim dan kekuatan pasukan musuh. Jika berkesempatan, beliau akan melantik beberapa tentera yang berani dan cekap untuk melakukan gerakan pengintipan dan sabotaj.

Kebijaksanaan beliau terserlah apabila beliau mengumpulkan kembali anak buahnya dan mencari kesempatan yang baik dan menyerbu pemanah-pemanah Islam yang masih tinggal dan membunuh mereka. Dimana pemanah-pemanah Islam turun bagi mngutip harta rampasan perang kaum Quraisy. Dengan kecepatan yang tiada taranya Khalid masuk dari garis belakang dan menggempur orang Islam di pusat pertahanannya. Orang-orang Quraisy yang telah lari berkumpul kembali dan mengikuti jejak Khalid menyerbu dari belakang. Ramai tentera Islam syahid.

>> sambungan ke perang Muktah

No comments:

Post a Comment

oppss!!! jgn lupa komen kat bawa nih taw :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Old Pink Turtle