followers

Sunday 1 January 2012

:: titas bab 2 ::



2.0   PENGENALAN
Islam adalah risalah Allah yang dibawa oleh semua nabi & rasul, dari Adam sampai Muhammad
Islam bukan nama individu/tempat
Islam (bahasa) = tunduk/ patuh/ menyerah diri/ sejahtera
Islam (istilah) = taat kepada Allah dengan sepenuh hati, tanpa ragu, tunduk & patuh segala perintah-Nya
Islam diturunkan bawa kesatuan akidah dll
Bagaimana penyelewengan berlaku? Lihat al-Baqarah (2):79
Ketika zaman jahiliyah, Nabi Muhammad s.a.w / Rasulullah diutuskan
Islam akhirnya sempurna sebagai panduan manusia. Lihat al-Ma’idah (5):3
Denis Saurat (sarjana Anglo-Perancis) dalam History Of Religions: ‘Agama yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w mempunyai kelengkapan yang cukup untuk terus bertahan dalam zaman moden ini. Prinsip-prinsipnya yang dikemukakan adalah mudah & munasabah

2.1      PANDANGAN SEMESTA TAMADUN ISLAM
o        Pandangan semesta Tamadun Islam ada dalam al-Qur’an & al-Sunnah
o        Asas yang kukuh berbanding falsafah materialis
Tidak terbatas kepada bangsa, suku, warna kulit dll
Meliputi semua aspek kehidupan manusia & alam

KONSEP KEIMANAN
Iman kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa à ‘TAUHID’ = paling penting dalam ajaran Islam. Tidak serupa dengan teologi agama lain iaitu percaya, tunduk & patuh kepada Allah? Dengan ikut PERINTAH-NYA & tinggal LARANGAN-NYA

KONSEP   KEKUASAAN
Allah Pencipta, Penguasa & Pemilik Mutlak alam & manusia. Lihat al-Ma’idah (5):17
Maka bukan konsep kekuasaan ciptaan manusia yang kabur lagi mengelirukan
Manusia? Khalifah/pemegang amanah yang tak berkuasa mutlak à wajib ikut hukum Allah

KONSEP  KEMANUSIAAN
Manusia = makhluk mukallaf (diberi tanggung jawab / kewajipan) diberi amanah
Kedudukan manusia lebih tinggi dari makhluk lain, sebab? Diberi roh & jasad
Tak cukup keperluan maddi (makan, minum dll) tapi perlu sempurnakan hakikat kemanusiaan dengan kerohanian. Tanggungjawab manusia libat hubungan: manusia-Allah, manusia-manusia (diri, keluarga, masyarakat, negara) & manusia-alam
Asal manusia sama= Adam & Hawa. Beza manusia adalah takwa (kadar ketaatan kepada Allah). Bukan warna kulit, budaya, bangsa, pangkat, keturunan dll. Tamadun yang tak utamakan takwa = tamadun ‘sakit’ & jahiliyah, lihat al-Hajj (22:45-46)

2.2           KONSEP  TAMADUN ISLAM
*      Tamadun Islam dibina dari kerangka Islam “al-Din” (cara hidup) à akidah + syariah + akhlak
*      Tamadun lain? Cth Barat lihat pencapaian manusia dari aspek kebendaan semata-mata
*      Bandingkan, kata J.K Fiebleman: ‘Tamadun = kepandaian masyarakat eksploitasi material’
*      Bandingkan, kata Oswald Spengler: ‘Tamadun Barat pentingkan ‘benda’ kerana kebendaan bawa kemajuan’


Bandingkan, kata Arnold Toynbee: ‘Tamadun = sistem masyarakat yang bantu manusia tambah hasil pengeluaran/ produktiviti & ada 4 unsur: bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan & seni’. Asalnya istilah ‘thaqafah’ (kebudayaan) digunakan oleh sarjana Islam bagi menerangkan tamadun. Apa kata Ibnu Khaldun tentang tamadun? (UNIT 2). Juga guna ‘hadharah’ (budaya bandar/ lawan badwi)
Muhammad ‘Abduh & Muhammad Farid Wajdi à ‘madaniyyah’ (berkenaan bandar/ kehidupan bandar) .Jurji Zaydan à 6 perkara dalam konsep Tamadun Islam: negara & pemerintahan, bandar, stratifikasi sosial, sains & pengajaran Bahasa Arab, bangunan & senibina, kesenian Islam


Abu Hasan Ali al-Nadwi dalam Western Civilization, Islam & Muslims : hadharah & madaniyyah lebih tepat sebagai tamadun & berpusat kepada wahyu
*      Dalam hadharah, ada prinsip & nilai jadi asas hidup bermasyarakat = akidah + syariah + akhlak (+ falsafah + kebudayaan + peradaban)
*      al-Hadharah al-Islamiyyah lebih tepat & menjurus kepada masyarakat Islam


Madaniyyah lebih kepada kebendaan & umum untuk semua manusia (Islam & Bukan Islam)
Tamadun Islam? = hadharah + madaniyyah , lihat al-Nahl (16) : 112
Kata Sayyid Qutb, Tamadun Islam = ‘segala bentuk kemajuan dihasilkan sekumpulan masyarakat cth sistem sosial, politik, econs & budaya berteras Syariat Allah & berciri nilai akhlak Islam’
Kata Said Hawwa, Tamadun Islam = ‘segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam & hasilnya relevan dengan kebudayaan itu’
Kata Abu Bakar Hamzah: ‘Tamadun Islam lahir & berkembang bersama kehidupan manusia & perkembangan yang lahir daripadanya, sama ada bersifat bukan kebendaan atau sebaliknya’
Kata Syed Muhammad Naquib al-Attas, tamadun = ‘keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila & kebudayaan luhur bagi seluruh masyarakat’
Ibn Khaldun telah sediakan mekanisme pengukur jadi tamadun atau tidak
Menurut Ibn Khaldun, tamadun hanya wujud bila perkara asas (daruriyyah) & keperluan (hajiyyah) telah  diselesaikan
Maka tamadun = tahap penyempurnaan (tahsiniyyah) yang lengkapkan segala perkara yang diperlukan manusia


2.3      SUMBER  TAMADUN ISLAM
Ø  Sumber Tamadun Islam adalah mutlak = tidak berubah, sesuai sepanjang masa & keadaan


AL-QUR’AN
al-Qur’an bererti bacaan
“Wahyu (Kata-kata Allah) yang diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah dengan perantaraan malaikat Jibril”
Mukjizat terbesar Rasulullah, mengandungi prinsip-prinsip asas agama Islam & ilmu bagi manusia bina tamadun
Al-Qur’an = pendorong yang galakkan manusia gunakan fikiran & segala sumber yang ada untuk capai kesejahteraan & kejayaan hidup
Dalam al-Qur’an, ayat-ayat “Apakah mereka tidak berfikir?” dan “apakah mereka tidak berakal?” jadi pencetus perubahan
Segala kemajuan yang difikirkan juga mesti selaras dengan ketetapan syarak (undang-undang Islam)


HADITH / SUNNAH
“Sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad sama ada berupa perkataan, perbuatan, persetujuan atau sifat kejadian, akhlak dan sirah (sejarah); sebelum dan sesudah beliau dilantik menjadi rasul”
Sebagai huraian dan perincian yang umum dalam al-Qur’an (Ikut Sunnah tidak langgar al-Qur’an)
Sumber kedua Islam jadi pelengkap kepada al-Qur’an & aspirasi tamadun
Tamadun abaikan al-Qur’an & Sunnah à Tamadun Jahiliyyah
Said Hawwa: ‘Kemajuan dalam bentuk kebendaan dengan tak ambil kira aspek kerohanian & moral = tamadun jahiliyah’


IJTIHAD
“Pencurahan daya pemikiran secara maksimum untuk mendapatkan hukum syara’ mengenai suatu masalah yang tidak terdapat hukumnya dalam al-Qur’an & Sunnah”. Ijtihad dilakukan dengan syarat-syarat ketat berasas panduan al-Qur’an & Sunnah oleh ulama’ Islam
Menetapkan hukum-hakam baru selaras perkembangan masa dan tempat. Ijtihad = sistem berfikir dinamik
Bolehkan umat Islam hadapi masalah & perkara baru dalam hidup à ubah cara hidup secara luar biasa [sejarah]
Tamadun Islam dibina dengan naqli (wahyu) & aqli (akal)


TAMADUN & BUDAYA LAIN
Islam terbuka & tak menolak hasil tamadun asing yang tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam
Nilai luar diasimilasikan melalui proses interaksi yang sihat. Cth Khalifah Umar al-Khattab ubahsuai sistem pentadbiran Rom ikut ajaran Islam
Cth zaman awal Islam sebelum ramai boleh menulis, sarjana & saintis adalah Yahudi, Kristian, Zaroastrian & mereka yang baru peluk Islam
Cth falsafah & ilmu, terima pengaruh Yunani
Cth matematik & astronomi, terima pengaruh India
Secara tak langsung bantu perkaya ilmu-ilmu Islam
Dasarnya banyak dipengaruhi Tamadun Arab
Tamadun Arab akhirnya dipanggil “Tamadun Islam” apabila satukan bangsa Arab, Parsi, Turki dalam satu agama yang dibawa oleh Rasulullah


2.4  ASAS TAMADUN ISLAM
v   3 asas tamadun Islam yang amat penting & tidak boleh diabaikan sama sekali
v  Dibina atas dasar AKIDAH
v  Diikat dengan SYARIAH
v  Dihiasi dengan AKHLAK
v  Abai? Tamadun yang dibina menyimpang dari konsep Tamadun Islam sebenar


AKIDAH
v    Akidah = kepercayaan/keimanan kepada hakikat & nilai mutlak, tetap & kukuh dalam jiwa seseorang Islam. Perjanjian antara makhluk dengan Penciptanya.
v  Pegangan akidah yang kuat bebaskan diri manusia daripada tunduk dan patuh kepada sesuatu bersifat makhluk dalam bentuk jirim atau roh
v   Kata Hasan al-Banna, akidah = “hal-hal yang berhubung dengan kepercayaan & keyakinan dalam hati sehingga hati & jiwa tenteram, tidak ragu & bimbang, bersih & murni dari segala syak wasangka”
v    Akidah tak sama dengan ideologi ciptaan manusia (sekularisme, kapitalisme, marxisme, liberalisme, fasisme dll). Isme-isme gagal tenteramkan & selesaikan krisis dalam hidup manusia
v   Sebab? Bersandar falsafah material yang percaya benda & tolak sesuatu di luar pancaindera, nafikan kewujudan Allah, pesong hakikat iman sebenar, relatifkan nilai moral/akhlak, manusia pusat pemujaan, asing agama dari hakikat ilmu & akal fikiran; patuh fahaman sempit seperti   Akidah asas pembinaan Tamadun Islam à lahirkan tamadun yang mantap & bebas sebarang penyelewengan
v    Akidah mampu bentuk personaliti unggul dalam diri manusia yang jadi penggerak kepada pembinaan Tamadun Islam
v    2 aspek akidah perlu diberikan perhatian iaitu aspek KEPERCAYAAN & aspek KAEDAH

2.4.1.1  Aspek Kepercayaan [6 Rukun Iman]
IMAN KEPADA ALLAH
v    Allah sahaja layak disembah & Maha Esa, Pencipta, Pemilik & Pentadbir sekalian alam
v    Wajib percaya Allah bukan makhluk & sifat-sifat-Nya Maha Sempurna dan Maha Hebat
IMAN KEPADA MALAIKAT
v      Percaya malaikat makhluk Allah yang sentiasa patuh kepada-Nya
v      Ada malaikat yang ditugaskan melaksanakan perintah Allah atas manusia & alam
IMAN KEPADA RASUL
v     Percaya ada manusia pilihan yang dilantik oleh Allah sebagai utusan-Nya
v    Bertugas menjelaskan segala perintah & larangan-Nya dalam setiap aspek kehidupan
IMAN KEPADA KITAB
v   Wahyu Allah diturunkan sebagai ‘kitab’ à terakhir adalah al-Qur’an sebagai penyempurna segala wahyu
v   Mengandungi panduan kehidupan manusia yang lengkap & sesuai sepanjang zaman
IMAN KEPADA HARI AKHIRAT
v     Percaya kehidupan dunia adalah sementara & dunia akan musnah
v     Maka manusia perlu tunaikan tanggungjawab di dunia kerana akan disoal di akhirat kelak  
IMAN KEPADA QADAK & QADAR
v   Percaya setiap kejadian pada makhluk sama ada baik atau buruk adalah ketentuan Allah
v   Tetapi manusia diberikan keupayaan berusaha untuk memilih tindak-tanduknya di dunia

Aspek Kaedah
v     Aspek Kaedah = kaedah perlaksanaan akidah, bagaimana ia bertapak & main peranan bentuk dan bangunkan Tamadun Islam
v   3 aspek: Kesatuan, Rasional & Toleransi
KESATUAN
v   Akidah satukan manusia yang berbeza secara fizikal, rupa, keturunan, bangsa, pangkat, darjat
v   Akidah menyatukan kerana sumbernya 1 (al-Qur’an + al-Sunnah)
v   Akidah menyatukan fikiran kerana matlamat 1 à cari keredaan Allah
TOLERANSI
v   Dituntut tapi berlandas akidah & syariah
RASIONAL
v   Akidah bukan dogmatik tetapi diterima oleh logik akal yang waras à buktikan kebenaran & kesahihan akidah
v   Al-Qur’an anjur manusia selidik, kaji & faham kejadian alam jadi bukti keagungan Allah
v  Aspek-aspek rasional ada 3
a. Menolak Semua Yang Tidak Bersesuaian  Dengan Realiti
v   Akidah menolak pemikiran & amalan khayalan, tahyul, sihir, khurafat & yang berlawanan dengan akal
v   Segala di alam hanya tunduk kepada SUNNATULLAH (peraturan Allah)
b. Menolak Pertentangan Antara Akal Dengan Wahyu
v   Wahyu tidak boleh dipertikai & diragui oleh hati & fikiran
v   Semua kandungan wahyu tidak akan berselisih dengan akal yang waras
v   Percaya kepada wahyu meningkatkan iman & taqwa kepada Allah
c. Terbuka Kepada Penemuan Baru
v   Segala penemuan baru yang baik diterima à bukti akidah tak jumud & fanatik
v   Syarat penerimaan:
Ø  Tak bertentangan dengan wahyu & akal
Ø  Tidak bawa mudarat & sengsara
Ø  Tidak jerumuskan ke arah maksiat & binasa dalam moral & tatacara hidup beragama
Ø  Dapat jadi bukti agung-Nya, tingkat iman & takwa


2.4       ASAS TAMADUN ISLAM
2.4.2                               SYARIAH
v     Syariah = undang-undang / peraturan / ketetapan Allah
v   Untuk atur hubungan manusia - manusia, manusia – alam & manusia – Allah untuk capai kesejahteraan, keamanan & kedamaian di dunia bagi jamin bahagia hidup abadi di akhirat
v   Lihat al-Jathiyah (45) : 18

2.4.2.1   Keistimewaan Syariah
  1. SEMPURNA – penuhi keperluan manusia dalam semua bidang kehidupan
  2. LENGKAP – dari terbesar à terkecil untuk sejahterakan manusia
  3. SEPADU – gabung agama & dunia
  4. UNIVERSAL – tiada sempadan kaum, iklim & geografi
  5. MATLAMAT REDA ALLAH SWT
  6. TETAP – tak berubah sampai Kiamat
v     Manifestasi syariah? Atur hidup manusia atas asas MAKRUF & elak MUNGKAR
v    Makruf = segala nilai luhur & sifat baik yang selalunya diterima oleh naluri manusia sebagai baik
v    Mungkar = segala dosa & kejahatan yang selalunya dikecam oleh naluri manusia sebagai jahat
v   Prinsipnya syariah selamat & pelihara 5 asas hidup manusia : AGAMA, NYAWA, AKAL, KEHORMATAN & HARTA


i.  Memelihara AGAMA
v   Islam adalah nikmat paling besar, selamatkan manusia dari segala bencana, lihat al-Ma’idah (5):3
v  Untuk penganut Islam, wajib tunaikan tanggungjawab & tidak diizinkan murtad
v   Wujud undang-undang untuk pelihara akidah & elakkan murtad berleluasa
ii.  Memelihara NYAWA
v   Hak hidup dikurniakan Allah, maka dilarang membunuh tanpa hak
v   Jika buat? Dianggap laku jenayah & dosa besar
v   Juga dilarang membunuh diri
v   Lihat al-Baqarah (2): 178
  1.  Memelihara AKAL
v    Akal penting dalam kehidupan à tentukan baik/ buruk, kualiti/ rosak & dengan akal manusia maju & berkembang
v   Akal bezakan manusia dengan haiwan à boleh diberikan tanggungjawab
v   Islam larang fungsi akal dihilangkan seperti ambil dadah & arak à rosak diri, masyarakat & tamadun
v   Lihat al-Ma’idah (5):90
  1. Memelihara KEHORMATAN  & KETURUNAN
v    Manusia sebaik-baik kejadian diciptakan, maka kehormatannya perlu dijaga
v   Perkara negatif seperti berzina, seks bebas, hubungan luar tabi’i dilarang dalam syariah untuk pelihara keturunan
v   Lihat al-Isra’ (17) : 32
iv.    Memelihara HARTA BENDA
v    Islam sedia panduan miliki harta & kewajipan pertahankan
v   Ambil tanpa kebenaran cth mencuri & samun à hukuman berat,
v   Lihat al-Baqarah (2) : 188
v   Syariah merangkumi segala perintah Allah dalam bentuk hukum & peraturan yang MENYELURUH & LUAS bidangnya seperti yang diwahyukan
v  Ada aspek I’tiqadiyyah / Batiniyyah (akidah & keimanan)
v   Juga ada aspek ‘Amaliyyah (berkaitan ibadat, muamalat, munakahat & jenayah)
v  Ada juga aspek Akhlaqiyyah (budi pekerti/ moral sebagai individu bermasyarakat & bernegara)
AKHLAK
v   Akhlak = ‘sikap rohaniah yang memuliakan tingkah laku manusia terhadap Allah, terhadap diri sendiri & makhluk lain, sesuai dengan suruhan & larangan serta petunjuk al-Qur’an & Sunnah’  
v   Beza dengan ETIKA, akhlak adalah universal, terperinci & tidak boleh diubahsuai
v   Asal dari kata jamak (plural) khuluq = budi pekerti, tingkah laku & tabiat
v   Kata al-Ghazali, akhlak = ‘sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang & darinya terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu’
v    Akhlak Mahmudah/Baik = perbuatan baik & terpuji menurut akal & syariah terbit dari jiwa
v    Asas hubungan manusia & jamin selamat & kebahagiaan hidup keluarga, masyarakat & negara
v    Akhlak Mazmumah / Buruk = perbuatan  buruk menurut akal & syariah terbit dari jiwa
v    Cth Akhlak Mazmumah: sekutukan Allah, bohong, dengki, khianat, bakhil dll
v   Akhlak ciri yang bezakan manusia-haiwan.
v   Akhlak penghubung erat antara keislaman & keimanan seseorang
v  Rosak akhlak? Banyak tamadun sudah runtuh & tinggal sejarah semata-mata
v   Maka Islam menyusun rapi sistem akhlaknya
v   Perutusan Nabi Muhammad s.a.w adalah simbol kepentingan akhlak dalam Islam
v   Pesan Nabi Muhammad dalam hadith riwayat al-Bukhari: ‘Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia
2.5              KELAHIRAN, PERKEMBANGAN & KEMEROSOTAN TAMADUN  ISLAM
v    Islam lahir di padang pasir (biasanya tamadun di lembangan sungai)
v   Maka peranan manusia AMAT PENTING dalam Tamadun Islam
v   Rasulullah mengambil masa 13 tahun di Makkah bentuk personaliti Muslim unggul bagi bina tamadun lebih besar
v   Di Madinah, Tamadun Islam bersinar & bukti kepada dunia Islam adalah cara hidup unik & rangkumi segala aspek hidup manusia
v    Masa wafat Rasulullah (632M): di sebahagian Semenanjung Tanah Arab sahaja
v   Kemudian berkembang ke masyarakat bukan Arab di Afrika Utara, Eropah, China & Asia Tenggara
v   Ia mengubah cara hidup manusia tanpa mengira bangsa dari primitif à maju
v   Suku-suku yang berperang & dendam telah disatukan jadi 1 UMMAH berdasar kesatuan akidah, prinsip kebebasan & keadilan
v    Zaman Abbasiyah memerintah (570M)= zaman kemuncak gemilangnya Tamadun Islam?
v   Kegiatan intelektual pesat à terjemahan & komentar buku-buku bahasa asing khasnya Greek
v   Ilmu lain cth perubatan, astronomi, matematik, kimia, falsafah dll turut berkembang
v  Tokoh ilmuwan era ini: Hunayn Bin Ishaq, Abu Nasr al-Farabi, Yahya Bin Adi, Ibn Sina (perubatan), Ibn al-Haitham (fizik & matematik), al-Ghazali (falsafah & tasawwuf)
v  Walau bertembung dengan tamadun asing, Tamadun Islam mampu pertahankan keasliannya
v   Sumbangan tokoh-tokoh ini jadi faktor penyebaran Tamadun Islam ke Eropah
v   Sarjana Barat W.M Watt mengatakan Eropah Barat bertembung dengan Islam dalam perasaan rendah diri oleh sebab ilmu-ilmu Islam lebih maju daripada Eropah dalam banyak sudut
v   Di Andalusia (Sepanyol), ia wujud hampir 8 abad à didorong semangat cinta ilmu
v  Di Andalusia, naungan politik para pemerintah jadi faktor penting cth bawa masuk sarjana Islam sedunia & taja pelajar
v   Abdul Rahman al-Ausat libat diri secara langsung, bina universiti, menaungi sarjana & beri elaun
v   Pusat intelektual: Seville, Granada, Toledo, Valencia & Cordova à beri kesan pada Eropah
v   Uthmaniyyah Turki (diasas 1300M) capai kemuncak = Sultan Muhammad al-Fatih kuasai Constantinople pada 1453M
v    Uthmaniyyah lebarkan kuasa hingga Eropah Timur
v   Di India, Tamadun Islam mula dengan kerajaan Ghaznawi diasas Sabuktigin pada 10-M
v    Kerajaan Islam lain di India: Ghori, Kesultanan Delhi, Khilji, Tughluq & Moghul
v   Akhir abad 18M: Uthmaniyyah Turki lemah & hilang wilayah kepada kuasa Eropah
v   Sejarah 637 tahun berakhir apabila Sultan Abdul Hamid II digulingkan oleh Young Turks diketuai Mustaffa Kamal. Kamalà presiden seumur hidup
v   Masyarakat Islam dijajah mula diresapi sekularisme


2.6              PRINSIP TAMADUN ISLAM
v    Prinsipnya jelas à tekan pembangunan hidup di dunia & sejahtera hidup di akhirat 
v   5 prinsip Tamadun Islam:
  1. Pengabdian diri kepada Allah dalam seluruh kegiatan hidup
  2. Asas akidah
  3.  Keluhuran nilai kemanusiaan
  4. Nilai kesucian & keharmonian hidup
  5. Tugas khalifah allah di bumi
v   Dalam konteks bina tamadun, Islam tekan 3 ASPEK HUBUNGAN oleh MANUSIA:
HUBUNGAN MANUSIA ßà ALLAH
v   Dengan iktiqad (akidah) & ibadah, laksana suruhan & tinggal larangan
HUBUNGAN MANUSIA ßà MANUSIA
v   Berlandaskan syariah à hormat sesama manusia mengikut hak-hak ditentukan
HUBUNGAN MANUSIA ßà ALAM
v   Manusia & alam sama-sama ciptaan Allah
v   Manusia lebih tinggi taraf kerana diberi akal & dijadikan khalifah untuk pelihara alam
v   Panduan tugas khalifah? Lihat al-A’raf (7):56


2.7            CIRI KEISTIMEWAAN TAMADUN ISLAM


SIFAT RABBANI
v  Tidak dipisahkan dari aspek ketuhanan, kuasa manusia hanya relatif & sebagai amanah
v  Wahyu diturunkan sebagai panduan manusia bina tamadun
v   Maka ada nilai-nilai kebaikan, ketenangan & kedamaian yang penuh keredaan Allah


SESUAI DENGAN FITRAH & AKAL MANUSIA
v   Tanpa wahyu & akal, manusia sukar & gagal jadi khalifah


TIDAK     MEMBEBANKAN
v   Semuanya dalam skop kemampuan manusia & diberi keringanan dalam keadaan tertentu


SEMPURNA & MENYELURUH
v   Kerangka al-Din à semua manusia di setiap masa & tempat, segala bidang kehidupan
v   Kata Hasan al-Banna: ‘Islam risalah yang panjangnya meliputi semua zaman, seluas segenap lapisan umat & dalamnya merangkumi semua persoalan dunia & akhirat


KESEIMBANGAN   ROHANI & JASMANI
v   Islam tak pisahkan keduanya dalam kehidupan


SESUAI SEPANJANG ZAMAN
v   Prinsipnya umum : ada yang tetap (AKIDAH & AKHLAK)
v   Ada yang anjal (SYARIAH) untuk disesuaikan dengan kehidupan mengikut zaman & tempat
v   Maka Islam mampu berkembang menghadapi cabaran zaman & tempat


TERBUKA & TOLERANSI
v   Tidak terbatas kepada sempadan tertentu malah galakkan terima tamadun lain asalkan sesuai dengan Islam à berkembang serata dunia


KESATUAN DALAM KEPELBAGAIAN
v   Bangsa & bahasa bukan penghalang bersatu dalam Tamadun Islam
v   Tegak atas prinsip-prinsip keadilan & kesaksamaan lampaui batas perbezaan manusia


2.8              SUMBANGAN TAMADUN ISLAM
AKIDAH TAUHID
v   Bebaskan manusian daripada perhambaan sesama makhluk kepada pengabdian terhadap Allah semata-mata
SOSIAL
v   Pertahankan keadilan, persamaan, kehormatan & kemuliaan insan, lihat al-Nahl (16) : 90
EKONOMI
v   Econs Islam berteraskan keadilan, haramkan riba & segala penindasan. Lihat al-Baqarah (2):275
POLITIK
v   Perkenal sistem pemerintahan yang tentang kezaliman & tegak keadilan
v   Kuasa adalah amanah & pemimpin bertanggung jawab dengan Allah
v   Wajib taat kepada pemimpin yang taat kepada Allah & Rasulullah
KESENIAN
v   Al-Qur’an berpengaruh dalam seni cth seni bahasa & tulisan, sastera, senibina, seniukir, muzik & lagu
ILMU PENGETAHUAN
v   Ayat al-Qur’an pertama – IQRA’ perintahkan membaca / menuntut ilmu
v   Sunnah tekankan supaya mengkaji, menyelidik rahsia alam & dekatkan diri kepada Allah
v   Tradisi kegiatan intelektual didukung oleh Rasulullah, para Sahabat & Khalifah-khalifah Islam meletakkan Tamadun Islam di hadapan
v   Dari al-Qur’an, berkembang ilmu tradisi (cth Tafsir, Hadith & Fiqh) dan ilmu moden (cth matematik, geografi, perubatan dll) à diterjemah dalam kehidupan seharian hingga bentuk tamadun


2.9              JIHAD DALAM ISLAM
v    Jihad = ‘Setiap usaha yang memerlukan pengorbanan tenaga, pemikiran & segala keupayaan untuk menegakkan kebenaran & memartabatkan Islam
v   Meliputi semua aspek kehidupan manusia
v   Contoh: Jihad Nafsu, Jihad Ilmu, Jihad Pertahankan Kesucian Islam (Qital), Jihad Ekonomi, Jihad Politik dll

1 comment:

oppss!!! jgn lupa komen kat bawa nih taw :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Old Pink Turtle