1. Tahukah Anda apabila 350ml air yang diambil dari paip
sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air
suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius
akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Tahukah Anda
bahawa air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah
helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter
memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter,
tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
3. Tahukah Anda bahawa Sebuah kereta yang dipandu selaju 220
km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya
kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar
dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak
paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada
tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama
Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700
tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama
daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda
magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya
magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya.
Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak
memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya
lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun
disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api
elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga
bulan.
9. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
10. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika
nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas
yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk
menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan
kita.. hmmm... macam org punya akal la ni... ...tahukah anda jika anda menjolok
lubang plug elektrik di rumah anda dgn tangkai garpu, jiran anda akan makan
kenduri 3 malam di rumah anda ?
copy n paste : see more
No comments:
Post a Comment
oppss!!! jgn lupa komen kat bawa nih taw :)